Sunday, December 12, 2010

Ibu yang hobinya menipu Part 7

"Takpa la Zaimah, kita tunggu tengok apa yang dia nak cerita dekat kita lagi. Aku dah tak sabar-sabar nak dengar cerita yang  tak logik si Fatimah tuh." jelas Noriah.

"Noriah, kadang-kadang aku terfikir jugak,Fatimah ni tak perasan ke yang dia mengaibkan diri dia dan anak-anak dia. Ibu mana yang tak suka kalau anak-anak berjaya, tapi jangan sampai kita berlebih-lebih, meluat orang dengar. Ditambah pula dengan cerita mengarut dia tu, aku dah tak da mood nak percaya." tanya Zaimah.

"Entahlah Zaimah, aku tak tahu nak cakap macam mana, kita tunggu dan lihat saja la." jawab Noriah.

Fatimah sikitpun tidak menyangka yang Zaimah tidak percaya kepada apa yang ceritakannya. Reaksi Zaimah seperti mempercayai apa sahaja yang disampaikannya. Fatimah berasa bangga dan teruja kerana dia tahu yang Zaimah akan bercerita kepada Noriah dan dia mahu Noriah mengagumi anaknya bukan sebaliknya.

Setelah 2 minggu memperolehi keputusan SPM, Fazura akhirnya menerima tawaran pertamanya iaitu temuduga Institut Perguruan. Fatimah yang mengetahui berita itu sangat gembira dan terus bercerita kepada kawan-kawannya yang Fazura bakal menjadi guru tanpa menyedari yang hakikatnya Fazura baru sahaja menerima tawaran temuduga bukannya tawaran melanjutkan pelajaran.

Seluruh kawasan kediaman tahu yang Fazura menerima tawaran temuduga Institut Perguruan gara-gara Fatimah yang terlalu teruja akan anaknya itu.

Hari temuduga telah tiba, pagi itu Fatimah sangat gembira sekali. Kalau boleh dia mahu semua jiran-jiran tahu yang Fazura akan menjalani temuduga pada hari ini. Lantas, dia cuba mengamit situasi. Dia bercakap dengan nada yang lebih kuat dengan niat Noriah dan Zaimah yang tinggal berhampiran rumahnya medengar peristiwa  pagi itu.

"Fazura anak mak, buat elok-elok ya sayang. Ingat pesan Mak berdoa banyak-banyak, tak sia-sia mak jaga kamu." bicara Fatimah.

"ya mak."

Seperti yang dikehendaki Fatimah, perbualan Fatimah dengan Fazura pada pagi itu didengari oleh Noriah. Noriah tidak mahu berkata apa cuma turut berharap yang Fazura akan lulus temuduga itu. Petangnya pula, Fatimah mula bercerita kepada Zaimah dan Noriah tentang situasi Fazura sewaktu ditemuduga pagi tadi.

"sekarang ni nak jadi cikgu bukan senang la. temuduga pun kena Speaking, selamat Fazura tau juga nak cakap macam mana. Fazura ni tahu nak cakap B.I ni, kat rumah dia la selalu cakap dengan adik-adik dia. Kalau Fazura jadi cikgu nanti, aku nak buat kenduri kesyukuran la. Penat lelah usaha dia kita kena hargai." kata Fatimah.

Noriah dan Zaimah hanya mengiyakan apa yang dikatakan oleh Fatimah.  Walaupun di dalam hati terbit rasa menyampah tetapi di iyakan juga kerana menjaga persahabatan. Fatimah seolah-olah terlalu bangga sehinggakan dia lupa yang dulu Noriah pernah memerli dia kerana selalu meninggi-ninggikan anaknya. Tetapi Fatimah tidak kisah kerana dia yakin dan akan merasa bangga kerana anaknya Fazura merupakan orang yang pertama menjadi guru nanti.

Zaimah dan Noriah mempunyai anak yang sebaya yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun depan. Zaimah yakin akan kebolehan anaknya itu tetapi tidak mahu berlebih-lebih takut-takut apa yang diinginkan tidak tercapai suatu hari nanti. Apa yang penting padanya ialah usaha. Begitu juga Noriah, prestasi anaknya Haikal sentiasa memuaskan, tiap kali menghadapi peperiksaan, keputusan Haikal tidak akan mengecewakan.

Tetapi itu bukanlah alasan untuk Noriah membangga-banggakan anaknya, cukuplah sekadar gembira di dalam hati, ceria di luar. Noriah juga takut kalau-kalau terlalu mempercayai kebolehan anaknya, suatu hari nanti dia mungkin kecewa kerana terlalu yakin dengan kebolehan anaknya. Hidup ada pasang surutnya, kadang kita di atas, kadang kita di bawah, itulah pegangan Noriah dan dia selalu mengingatkan benda ini kepada anak-anaknya agar jangan terlalu angkuh dengan kejayaan yang kita peroleh, kerana ianya tidak berkekalan.

bersambung...

2 comments:

Syafiq A. Ghani said...

part yang paling sodap!!! sodap2. lagi2. haha

Aqilah Abdullah said...

betul2..lagi 3part! :)