Saturday, December 18, 2010

ada best ada x best

Okay hari memang teruji la kesabaran aku
Ujian demi ujian dilalui pada hari ni
cewah!!!!! bunyi macam cuak ja..
tapi sebenarnya nothing serious pon

okay kita cerita dari mula
HARI NI
pagi2 lagi aku dah bangun
agak mengantok jugaklah sebab aku dah
stay out  malam tadi sampai pukul 4

kita orang pun bertolaklah
ke Airport kepala batas
but before that kena pergi ambil Mandak aku dulu
because she got no transport
so aku la yang drive dari S.P ke Gurun
di Gurun kena tunggu Pakteh aku sebelum pergi
sebab kitaorang planning nak convoy sekali

Jam 10 kami pun bergegas lah ke Alor Setar
aku la driver sebab abah tak join sebab
kena tunggu Haikal

Sampai di airport inilah kerja kami
menggila dulu..posing habis habisan la..







Actually kiteorang Convoy pergi Airport ni ramai2 nie
sebab sebab ada Family vacation dekat Indon...hahhahaha
Bunyi macam aku tipu X?
selamat korang notice awai2 sebelum dikencing habisan-habisan

Actually kami semua nak sambut Tok Wan tercinta
pulang dari tanah suci Mekah
dah sebulan tok wan pergi dan sekarang
masa untuk melepaskan rindu..hehehe
Waktu kitaorang tunggu dekat Arrival tadi memang
cukup menyeksakan..
orang berpusu2 macam dekat pasar malam
mana tidaknya, jemaah penang pon turun dekat sini
kira flight ini direct dari KLIA ke Alor setar
so, waris2 dari penang kena ambil dekat sinilah.

once dah nampak tokwan aku..
happy sangat sebab tokwan aku sihat2 ja..
then, before berangkat keluar dari terminal
kitaorang pon berkumpul satu family
peluk tokwan (melepaskan rindu la konon)
kitaorang dapat hadiah dari mekah...hohoho

then,kitaorang pon berangkat la balik la ke Gurun
sebab nak makan besar- besaran
yela bukan senang nak kumpul semua family kan

tapi sampai ja di Gurun aku turun semua passanger aku
aku pun terus gerak balik ke S. P
sebab nak ambil abah dan Haikal.
turut serta bersama aku Abin.

HAH TIBA LA PART YANG TAK SERONOK

On the way balik tuh
aku memang bawak kereta Slow sangat
yela sebab dah letih drive ke Alor Setar tadi.
jadi memang slow la aku drive
dalam 80 macam tuh jadi
so far jalan sentiasa menyebelahi aku
bila sampai traffic light ja semua hijau
so tak payah nak berhenti

then tiba la satu kejadian yang memang tak best arr..
AKU EXCIDENT jeng3..
actually tak terok pon
dah dekat sangat nak sampai rumah
tapi benda nak jadi.. jangan salahkan sesiapa

bila dah masuk taman aku pon drive slow la
30 macam tuh ja..
then, aku tanpa aku duga ada motor yang followed
kereta aku dari belakang
bila aku nak belok buka signal terus belok ja la sebab ingat
dah memang tak motor la..(aim nak balik rumah ja)
tapi aku silap ada motor  betul2 tayar belakang kereta aku (blindspot )<------kalau dalam teori lesen

apa lagi bila aku belok ja dia dia terus hemtam kereta la..
tapi luckly, aku tak drive laju waktu tuh,
so aku tak sempat belok sepenuhnya la kan..
then terus brek..
Si motor ni bawa laju juga la,
lepas dia hentam kereta aku
terus terseret cikit..
then, motor dia pon terbalik, kereta aku pun kemek la!!!

So far, lepas dibincang2kan
kita orang settle sendiri,
salah aku sebab masuk melulu..
salah dia sebab follow terlampau dekat
dia pun tak da luka, cuma motor brek rosak..

So kitaorang settle elok2..
dia sorry aku, aku sorry dia..

Tapi duit aku yang sorry!!!!!huhu..
nak kena repair kereta..
tadi dah pergi ketuk body yang kemek tuh..
selamat la dia bantai side body ja..
tak la melayang sangat duit aku..
kalau bantai pintu @ chasis..
mampus aku...

lepas ni nak kena pergi simen
balik body pastu cat balik..
huhuhuhu..

Dugaan2..
tapi kalau tak kerana
dugaan ni aku takkan dapat pengajaran hebat ni..
kita belajar dari kesilapan..
moga2 tak berulang lagi..

lepas excident tadi terfikir macam mana la
kalau excident yang teruk sampai rosak kereta tuh
mesti lagi pening memikir nak repair.. ermmm!!!????





Friday, December 17, 2010

Result Final mengumbirakan

Penantian satu penyeksaan
tapi Alhamdullilah ia bukan satu penyeksaan
bila dapat berita yang gembira

Hari ini sukacitanya result sudah keluar
dan berpusu2 jugalah yang
masuk portal untuk download file
dan usha result sendiri seta kawan2..














Syukur sangat2 bila tengok result aku
walaupun tak dapat dean list
+  result kawan2 lagi best
tapi aku bersyukur sangat sebab dapat lulus
dan dapat buat degree next sem

And 1 more thing aku bangga dengan
pencapaian aku yang tidak merosot
each sem pointer aku semakin okey..
Alhamdullillah aku dikelilingi kawan2 yang sedia membantu
bak kata orang satu kepala la
yela dalam kelas
aku sorang ja yang pelik
senang cerita untuk masuk ke
Major degree in Technology ni
a person wajib ambil subjek2 kat bawah niewaktu SPM dulu
Fizik, Kimia, teknologi kejuruteraan dan Add math.
tapi aku tak ambil pun subjek2 nie
berbekalkan subjek2 vokasional aku yang tak seberapa
aku dapat jugak masuk dalam course ni..
itulah rezeki manusia Tuhan yang tentukan.. Syukur sangat2
berpeluang buat degree terus..

Untuk kawan2 aku pula
aku terima kasih banyak2 dekat korang
yang selama ini banyak membantu aku
terutamanya kepada OLie, Aref, Sham
sahabat sekumpulan aku..
tanpa korang mungkin aku tak boleh kekalkan
prestasi aku.. thanks S.O.D.A
S.O.D.A = sham, olie, Den, aref


Dan tak lupa juga kepada budak2 kelas aku
yang memang kemerengan tapi stlyo habis..
enjoy satu kelas dengan korang..
RBT A
21 kita memang hebat..
kitalah masalah, kitalah kecemerlang Maktab!!!
Bravo!!!!

okey guys

Next sem kita pulon lagi Okey !!!!!!

Thursday, December 16, 2010

am i afford to buy this..

I'm eager to have my own Cadillac Escalade..
you know what? because this car is super fantastic..
take a look at this link

http://www.youtube.com/watch?v=LDe15_cIxeU



but the problem is..
do Cadillac's cars offer in Malaysia,
i've never seen Cadillac cars in the road before this
for sure it will cost a lot of money to get this fantastic car
but what to do
my heart keep telling me that
this is your dream car and
you better get it no matter what
can somebody please tell the easy way to grab this awesome baby..
i wish to buy it even i am not a wealthy person
hahahaha

And the first thing i wish to do when i am able 
to buy this Escalade is........
I will try to bid this super fabulous plat number
    DAN141= DANIAL

 I'm so excited when it comes to chose a car
as my own quotes said ' kalau nak barang ORI kena la usaha BRO ' 

the quotes remind me everything 
as it helps me to growth my strength 
and most importantly is to choose my bride-to-be... hehehe..
but now!!! my bride-to-be is always Cadillac Escalade..


Wednesday, December 15, 2010

Entry ni xda tajuk....


Bercerita lagi aku pada malam ini
Nak jadi cerita cikit
malam ni aku,angah & abin
jadi orang putih okey.

kami tak makan nasi malam ini (sleng oreng putih cikit ye)
jadi berangkatlah kami mencari tempat untuk "DIMAKAN"
MAKAN OH MAKAN nanana what the next!!!(follow up lgu rihanna cikit)
sudah jangan merapu!!!!

hajat di hati ni nak makan PIzZa
sebab ada orang nak sponser ..hehe
kalau guna duit aku jugak
alamat makan Single meal ja la.


dah tak payah story morry banyak2..
korang layan la gambar ni okey..





















sampai je ke DESTINASI kitapun take sit la.. (benda wajib kan)
then, belek2 menu dekat 10 minit
aku nak ini, kau nak ni, abin itu..
okey stop..dah order dah pon..

pastu kitaorang pon berangkatlah
ke aktiviti tidak rasmi yang sememangnya poyo..hahaha
apa lagi PICTURE PICTURE la..
dah la sitting  dekat dengan  kaunter payment
memang TERPOYO la kami orang tengok

tapi ada kitaorang kisah
lantak korang la...
kot2 la korang offer nak tolong capture kitaorang
bila tenung2 kitaorang
dengan muka yang sangat desperate macam nak brgambar dengan aku
wah ayat kau sememangnya cannot go bro!!!!!
























sememangnya kami kepoyoan cikit
bila tengok PiZza yang melekit macam ni
syok2..sedap sangat topping ni
agak lama la jugak aku tak makan PiZza
last aku makan awai tahun ni
Alhamdullillah kitaorang bajet lebih sikit
itu yang ter angelina jolie malam ni.





haha.. gambar ni jelas menunjukkan yang aku 
sudah MUAL@ TAK LALU nak makan
yela spagetti ni ada cheese cepat MUAL kot
teringat lagi time aku makan spagetti yang fully cheese kat KLCC
Ya Allah tuhan saja tahu betapa tak inginnya aku habiskan spagetti tu 
padan muka aku sapa suruh order lagi kan..
actually,
kitaorang tak makan sendirian meh..
tetiba hati teringin nk ajak couple nie join venture sekali..
hahhahahhahaha!!!! :)
couple ni memang sweet bangat
kerana tanpa couple ni
sapalah kami tiga orang yang TERPOYO NIM.. :)


cewah mula2 kan
malu2 ja couple ni
tapi bila dah lama cikit
hah!!!!!!
hah sudah suap menyuap pulak..hehehe  
hait....minum pun satu gelas..hehehe
jangan marah yek.. umi abah...
huh... sangat kenyang meh..
makan benda ni pon boleh kenyang
actually kitaorang berperang jugak la nak habiskan benda2 ni
sampai kena main 'LAT TALI TALILAT TALI TAMPLOM ' jugak la..
last2 jadi macam ni akibat kekeyangan


aduh..memang x boleh bawak berlakon 
la die nim..hahaha..
muka 2 in 1 (senyum dgn ???? )
okey la...
kitaorang dah nak balik ni
jumpa dekat lift ye!!! hoho

ohoi...baru aku perasan apa yang pelik dalam gambar nim
hahahahaha....
kenapa abin putih pulak..hehehehe :)

sudah2 la
aku nak balik ni
no capture2 okey..hahahah

So kepada ALONG si jeles ya bila anda membaca entry ni!!!

Sunday, December 12, 2010

Mencari Tiket Sponser..

Sapa yang tak nak kalau diberi peluang
pilih ja tempat yang korang nak pergi
pastu korang pergi everything ditanggung
wah!!! best gila kalau macam tuh

tapi itu kalau aku dah jadi P.M nanti
boleh la..
sekarang ni baru cikgu..
so nak pergi kena ada bajet seh!!! :(

okey....cukup intro Dani..
untuk entry kali ni
aku dengan sukacitanya nak senaraikan 
5 lokasi atau negara yang sememangnya aku nak
pergi kalau korang sudilah nak jadi finance aku
hahahahaha..

1) Mekah

Of course la..sapa yang tak nak pergi kan. 
Kita islam wajib pergi, tapi bukan pergi melancong,
pergi beribadah.





so,to those yang dah pergi,
korang memang beruntung sangat..
tapi kalau nak pergi tempat ni,
betulkan niat tuh, barulah berbaloi2

2) Niagara falls

Actually water falls ni terletak antara 2 negara..Boarder state la
 between Canada and New York(America) 
pemandangannya memang superb la..
keindahan yang tuhan tunjukkan
dan sekaligus menunjukkan betapa
kerdilnya manusia..
Cantik sangat waterfall ni






3) Seoul Korea

Entah kenapa aku rasa suka sangat tempat ni
mungkin sebab selalu tengok cerita korea kot
ramai orang cakap tempat sesuai untuk lovers
mungkin betul la kot
and one more thing yang aku tertarik nak ke korea
adalah di sebabkan culture dia kot!!!
annieyoseyo!!!(ada awek korea selalu cakap macam ni kat aku masa aku tengok T.V)






4) London, United Kingdom

Of course tempat ni famous,
aku payah nak mention banyak pasal tempat ni
sure semua orang tahu,
tapi one more thing, kalau aku berkesempatan ke sana
aku tak nak travel U.K saja..
kalau boleh nak travel Paris sekali..
wah demand kau ya Dani..
yala alang2 menyelup pekasam,
biar sampai ........alamak !!!(terlupa plak) hehe

nie dekat Belgium, bangunan comunication ape entah
tapi suke design bangunan ni..

 London hall kalau tak silap..
actually banyak lagi tempat best
kat london tapi malas nak cari..
(cewah cakap macam expert ja)

Disneyland Europe
dekat Paris


5) Italy

Aku sendiri tak tahu apa yang special 
sangat Italy pada mata aku..
world cup hari tuh pon sokong Italy
actually bangunan2 bersenjarah dekat Italy
bagi aku rasa yang Italy ni negara yang boleh
mengimbas kembali memori bila tengok cerita2 
orang putih yang dulu2,
yela bangunan lama macam yang ada dekat dalam cerita Hercules,
Alexander the Great..
dan macam2 lagi la..
best jugak dia di fikiran kalau 
aku berada pada zaman2 Alexander dulu...(imaging la ko
tempat ni dieorang kata sesuai untuk lovers jugak)






Huh..panjang jugak entry kali nie..

okayla.. KEPADA SESIAPA YANG WISH NAK KASI SPONSER DEKAT
AKU SUPAYA PERGILAH TRAVEL DEKAT TEMPAT2 NI

SILA HUBUNGI AMBE YE...
DI TALIAN 015444639...(KALAU XDAPAT AKU BUSY LA AGAKNYA)







Ibu yang hobinya menipu Part 7

"Takpa la Zaimah, kita tunggu tengok apa yang dia nak cerita dekat kita lagi. Aku dah tak sabar-sabar nak dengar cerita yang  tak logik si Fatimah tuh." jelas Noriah.

"Noriah, kadang-kadang aku terfikir jugak,Fatimah ni tak perasan ke yang dia mengaibkan diri dia dan anak-anak dia. Ibu mana yang tak suka kalau anak-anak berjaya, tapi jangan sampai kita berlebih-lebih, meluat orang dengar. Ditambah pula dengan cerita mengarut dia tu, aku dah tak da mood nak percaya." tanya Zaimah.

"Entahlah Zaimah, aku tak tahu nak cakap macam mana, kita tunggu dan lihat saja la." jawab Noriah.

Fatimah sikitpun tidak menyangka yang Zaimah tidak percaya kepada apa yang ceritakannya. Reaksi Zaimah seperti mempercayai apa sahaja yang disampaikannya. Fatimah berasa bangga dan teruja kerana dia tahu yang Zaimah akan bercerita kepada Noriah dan dia mahu Noriah mengagumi anaknya bukan sebaliknya.

Setelah 2 minggu memperolehi keputusan SPM, Fazura akhirnya menerima tawaran pertamanya iaitu temuduga Institut Perguruan. Fatimah yang mengetahui berita itu sangat gembira dan terus bercerita kepada kawan-kawannya yang Fazura bakal menjadi guru tanpa menyedari yang hakikatnya Fazura baru sahaja menerima tawaran temuduga bukannya tawaran melanjutkan pelajaran.

Seluruh kawasan kediaman tahu yang Fazura menerima tawaran temuduga Institut Perguruan gara-gara Fatimah yang terlalu teruja akan anaknya itu.

Hari temuduga telah tiba, pagi itu Fatimah sangat gembira sekali. Kalau boleh dia mahu semua jiran-jiran tahu yang Fazura akan menjalani temuduga pada hari ini. Lantas, dia cuba mengamit situasi. Dia bercakap dengan nada yang lebih kuat dengan niat Noriah dan Zaimah yang tinggal berhampiran rumahnya medengar peristiwa  pagi itu.

"Fazura anak mak, buat elok-elok ya sayang. Ingat pesan Mak berdoa banyak-banyak, tak sia-sia mak jaga kamu." bicara Fatimah.

"ya mak."

Seperti yang dikehendaki Fatimah, perbualan Fatimah dengan Fazura pada pagi itu didengari oleh Noriah. Noriah tidak mahu berkata apa cuma turut berharap yang Fazura akan lulus temuduga itu. Petangnya pula, Fatimah mula bercerita kepada Zaimah dan Noriah tentang situasi Fazura sewaktu ditemuduga pagi tadi.

"sekarang ni nak jadi cikgu bukan senang la. temuduga pun kena Speaking, selamat Fazura tau juga nak cakap macam mana. Fazura ni tahu nak cakap B.I ni, kat rumah dia la selalu cakap dengan adik-adik dia. Kalau Fazura jadi cikgu nanti, aku nak buat kenduri kesyukuran la. Penat lelah usaha dia kita kena hargai." kata Fatimah.

Noriah dan Zaimah hanya mengiyakan apa yang dikatakan oleh Fatimah.  Walaupun di dalam hati terbit rasa menyampah tetapi di iyakan juga kerana menjaga persahabatan. Fatimah seolah-olah terlalu bangga sehinggakan dia lupa yang dulu Noriah pernah memerli dia kerana selalu meninggi-ninggikan anaknya. Tetapi Fatimah tidak kisah kerana dia yakin dan akan merasa bangga kerana anaknya Fazura merupakan orang yang pertama menjadi guru nanti.

Zaimah dan Noriah mempunyai anak yang sebaya yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun depan. Zaimah yakin akan kebolehan anaknya itu tetapi tidak mahu berlebih-lebih takut-takut apa yang diinginkan tidak tercapai suatu hari nanti. Apa yang penting padanya ialah usaha. Begitu juga Noriah, prestasi anaknya Haikal sentiasa memuaskan, tiap kali menghadapi peperiksaan, keputusan Haikal tidak akan mengecewakan.

Tetapi itu bukanlah alasan untuk Noriah membangga-banggakan anaknya, cukuplah sekadar gembira di dalam hati, ceria di luar. Noriah juga takut kalau-kalau terlalu mempercayai kebolehan anaknya, suatu hari nanti dia mungkin kecewa kerana terlalu yakin dengan kebolehan anaknya. Hidup ada pasang surutnya, kadang kita di atas, kadang kita di bawah, itulah pegangan Noriah dan dia selalu mengingatkan benda ini kepada anak-anaknya agar jangan terlalu angkuh dengan kejayaan yang kita peroleh, kerana ianya tidak berkekalan.

bersambung...

Saturday, December 11, 2010

aku kawan kau la..
















Rapat tak semestinya suka
ambil berat tak semestinya sayang
rindu tak semestinya cinta

kawan adalah kawan
kadang-kadang boleh bertukar menjadi lawan
dan kadang-kadang boleh berubah menjadi perasaan

itulah perasaan yang perlu
kawan-kawan aku ketahui
aku  mahupun kawan-kawan
aku sayang korang tak semestinya aku suka
aku ambil berat tak semestinya aku sayang
tapi yang penting
kalau wujud sekalipun perasaan itu

ia hanyalah perasaan sebagai seorang sahabat
tak lebih daripada itu,
aku  bersedia untuk bersahabat
tapi bukan sebaliknya..
mungkin belum masanya
jadi tak payahlah nak persoalkan
bila aku terlalu concern kepada korang
aku cuma teman tapi mesra..
wallah!!!!!!! :)

puitis sikit malam ni...

bye..

Thursday, December 9, 2010

The Nanny

Baru aku perasan yang sekrang ni channel 702 dah ditukar
dulu HMK sekarang dah jadi DIVA
hurm story2 yang best dekat HMK aku rasa tak da kot dalam DIVA
yang still ada The Biggest Loser dgn Oprah

kecewa jugaklah
sebab dulu aku selalu jugak layan HMK
sebab cerita FAV ada dekat di situ
nak tahu cerita apa??
ni ceritanya


cerita ni memang best banget
lawak memang menjadi arr
kalau dekat Malaysia cerita ni
boleh disamakan macam cerita Phu Chu Kang la
tapi seriously cerita ni memang sangat superb
walaupun cerita ni version 90-an
tapi still attractive 
thats why aku layan cerita ni walaupun ulangan ja

So sesiapa yang nak jadi founder 
buat new versin untuk The Nanny ni
mai jugak aku.. kita sign contact..hehehe



Back to Kulim after 2 years

Hari ni memang hari yang cukup memenatkan
tapi memberi seribu makna dan kenangan
yang mengimbau kembali zaman2 tak matang dulu
hehehehe

like i told you guys in the previous entry
yang hari ni aku berangkat ke Kulim
saja2 pergi sekolah aku
rindu sangat kat sekolah

The moment nak bangun pagi tuh
memang berat sangat
yela semalam aku tidur pukul 5 pagi
sembahyang..ehem2..tapi tak sengaja tertinggal
qodo balik (alasan bernas hehehe)
aku bangun pukul 9 pagi
itu pon sebab member aku Si Firdaus ni dah sampai
dekat rumah aku
janji pukul 9 nak gerak
tapi pukul 9 baru aku nak bergerak mandi
bergerak jugak tuh (okay la)
then kitaorang terus pergi Teloi ambik Si Munira
perjalanan yang agak lama
di samping drebar aku Si Firdaus
yang bawa kereta dia macam RALLY race
gedebamm!!!pukkk!! masuk lopak
jawab si member aku
Relax arr * lingkup kereta aku..
caya la Firdaus..

lepas tuh ambil member Munirah
dan bergerak terus ke Teknik..

bila sampai di Teknik
first kelainan yang kitaorang dapat tau
bila tengok Pak guard dah lain
agaknya dah tukar tender kot..
(kami mula mengeluh sebab kena daftar dulu)
sampai di pejabat terus ambil Sijil SPM
sedih jugakla sebab cikgu takda
semua dah bercuti

tapi dapatlah berjumpa dengan beberapa orang cikgu
boleh layan2 sembang2 cikit
pastu ambil sijil
Si Mun dengan member dia nk balik ke
hahahaha(gelak setan cikit)
aku pon refuse tak nak balik lagi
yela bukan senang nak datang kesekolah TERCINTA ini
so aku dengan si firdaus nie pon terus berangkat berputar-putar
merendek2 kawasan sekolah
tinggallah Si Mun dengan member dia yang tak mau jalan2..

okey malas nak bercerita panjang
layanlah gambar2 ni..



peace sebelum naik ke asrama :)

wawasan teknokrat cemerlang
melahirkan insan terbilang seperti aku..hehehe :p

teringat balik jalan ni lah aku guna tiap2 hari balik dari sekolah
huh panas2.. berbaloi2

i am something to anything..double thumbs up :)

asramaku syurgaku..
dulu sign board ini lah paling benci..
syurga konon..
sekarang ni baru menghargai sangat..

dewan makan pun dh lain..tapi mamat ni hemsem la(hohohoho)
jaga market sendiri la...

dulu tiap2 kali pergi surau mesti akan buat macam ni
dengan niat nak bagi tinggi..hahaha (maktab xda, tidak ka leh aku continue habit nie)

tangga dari Mekah ke teknik..

beratur dalam barisan..
hahaha nanti jadi cikgu tak duduk dalam barisan dah

respect lu BOSS..sekolah lain SPBT kn!!!
Teknik kami BOSS

Kelas tempat aku beroleh kejayaan..
5AU/AUTO okey...
dulu mekanik sekrang cikgu..bravo2..

Part time jaga SPM candidate

aku HEmsem lagi
(market kena jaga)

habis tuh kami p jumpa Cik ZU a.k.a Puan ZU sekarang
dah kahwin pon penyelia asrama kitaorang..
macam dah berubah dekat sekolah
warden kebanyakkan dah tukar..
cikgu mostly nak transfer..
sedih la teacher busuk2 aku 
dah transfer ke Melaka..
bila la nak jumpa dia lagi..
huh..
macam2 gosip yang Kak Zu story tadi..
From A to Z
peruntukan sekolah la
perangai warden la
cikgu2 la
yang paling tak tahan
story pasal hantu pun ada..
huh gerun2...
beware la kamu kalau jadi warden ya..

Cikgu Non pon tak jadi warden dah..
Contact tadi pon tak dapat..huhu..
tapi paling best..
aku dapat jumpa dengan cikgu Zamri
cikgu kelas aku..
cikgu yang banyak tolong aku..
Mentor aku..

huh
seronok sangat visit Kulim tadi
macam2 yang dah berubah
bukan sekolah saja
Satu Kulim dah berubah
lebih maju lebih membangun..
Bangga la rakyat Kulim seperti Kak Zu...hahahaha

Okey papai..
habis sudah...
Disini Memori tercipta..

Wednesday, December 8, 2010

Daring Woman

Lama gila aku tak share movie2 yang aku tengok dekat blog
busy dengan novel & macam2 lain sampai lupa
yang aku memang suka tengok movie2 ni

Last entry aku ada cerita pasal korean drama
LOVE STORY IN HARVARD
cerita tu memang best
ending pon quite interesting jugak la
entah kenapa aku suka layan cerita korea hah
mungkin sebab


  • awek cun-cun banget
  • jalan cerita yang baru
  • cinta2 jiwang yang sememangnya fresh lagi kot bagi aku
Yup memang betul pon
Actually dalam cinta korea yang pasal cinta ni
kebanyakkan yang aku teng0k takla sangat focus kepada cinta
tapi dia story still pasal cinta
benda yang kita tak boleh fikir dalam kepala otak
tapi sebenarnya memang boleh terjadi
contohnya cerita yang aku layan sekarang nie

DARING WOMAN (astro beyond 393)
cerita ini memang best sangat2
double thumbsup... :)

cerita ni memang cerita cinta
tapi actually dia focuskan kepada 
hubungan kekeluargaan
memang sangat complicated
 lebih kurang keluarga 69 la
tapi memang jalan cerita yang superb la
macam mana anak boleh bunuh suami mak tiri dia
mak tiri boleh ambil anak angkat kepunyaan anak tiri dia sendiri
adik bercinta dengan kekasih kakak ipar
mak berpakat nak buang cucu sendiri
semuanya berlaku dalam satu keluarga
memang sangat sangat power cerita ni bagi aku

So kalau korang nak layan cerita ni
boleh la tengok dekat my soju
ada 105 episod tak silap aku
tapi aku layan dekat channel 1
sebab channel HD
gambar memang high quality ar
sampai boleh focus jerawat la..

okay..just for now..
nak tido sudah
esok nak kena bangun awal
nak pergi Kulim
pergi sekolah mengimbau kenangan lama (agagagaga)

bye...adiyoss..

Ibu yang hobinya menipu Part 6

Peristiwa tentang Fatin semakin hari semakin suram. Fatimah masih lagi dengan perangainya yang dulu, dia masih lagi bercerita tentang anak-anaknya. tetapi tumpuannya sekarang beralih kepada Zaimah, Zaimah hanya mendengar apa yang diceritakan Fatimah dan kemudian menyampaikan pula kepada Noriah.

Apabila Noriah berada sekali dalam perbualan mereka, Fatimah tidak mahu bercerita tentang anak-anaknya. Noriah hanya mendengar cerita- cerita anak Fatimah daripada Zaimah sahaja "Zaimah apa cerita yang terbaru? Almaklumlah aku sekarang dah terkeluar dari target list dia", tanya Noriah.

"Hah pandailah kau, aku ni yang berasap telinga tiap-tiap hari duk dengar dia tipu aku", jawab Zaimah.
"Ala kau stay la dengar, jangan membantah, si Fatimah tu banyak lagi idea nak tipu kau tau. Lepas dia cerita dekat kau, kau cerita pula dekat aku. Barulah ada topic kita nak bersembang, tak gitu Zaimah?" kata Noriah dalam keadaan bergurau.

Zaimah pun ceritalah kepada Noriah yang baru- baru ni Fatimah ada bercerita tentang anaknya Fazura iaitu adik kepada Fatin yang baru selesai menduduki SPM. Noriah mula mengagak yang kali ini mesti akan menarik lagi.
"Hah apa yang dia cerita dekat kau?"
"Iskh kau ni Noriah sabar-sabar la, aku nak ceritalah ni" jawab Zaimah.

Macam ni dia cerita dekat aku "Zaimah kau tau tak Fazura cerita dekat aku yang soalan SPM baru-baru ni keluar soalan yang cikgu ajar pun. Dia buka buku balik tengok-tengok soalan yang keluar tuh soalan soalan tingkatan 6. Apa yang cikgu ajar tak keluar dalam periksa pun, kesian aku tengok dekat Fazura, menangis-ngangis dia cerita dekat aku ".

Noriah terus tertawa sehingga menitiskan airmata mendengar cerita Zaimah. "Fatimah oh Fatimah, kalau kalau kau nak tipu sekalipun janganlah terang-terang sangat, kau ni Zaimah macam mana kau boleh tahan dengar cerita ia tuh. Kalau aku dekat tempat kau, mahu terkencing dengar cerita tak logik dia tu'. gelak Noriah.

"Hah itulah, aku ni dah sampai tak tahan sangat nak tergelak tapi aku simpan dulu, balik rumah ja Ya Allah, Tuhan saja yang tahu macam mana aku gelak. Sampai suami aku ingat aku dah kena sampuk la kan" jawab Zaimah.

bersambung...

Ibu yang hobinya menipu Part 5

Suami Noriah tertawa melihat isterinya yang ditipu Fatimah. "Awak ni pun satu, dulu saya sudah pesankan, kerap sikit baca paper tuh, bila orang tipu awak taklah awak iyakan saja", kata suami Noriah.

Noriah sudah hilang kepercayaan kepada Fatimah, tetapi di atas dasar persahabatan, dia terus berkawan dengan Fatimah. Zaimah juga begitu, tiap kali Fatimah menceritakan hal-hal anaknya kepada Zaimah dan Noriah, Noriah dan Zaimah mula menunjukkan reaksi yang negetif. Tetapi Fatimah yang seperti tidak perasaan malu terus bercerita tentang anaknya itu tiap-tiap kali mereka bersembang.

Fatin telah menyambung pelajarannya ke Kolej Kejururawatan seperti yang diinginkan oleh Fatimah, Fatimah dengan bangganya bercerita kepada Noriah dan Zaimah yang pengambilan jururawat sekarang bukan senang. Fatin sebenarnya tergolong dalam kalangan orang yang bertuah. " Fatin kalau dah habis belajar nanti senang, tak payah nak sibuk-sibuk pergi cari kerja, dah comfirm dapat kerja, seronok sangat aku", kata Fatimah.

Noriah yang tidak tahan dengan perangai Fatimah yang selalu membanggakan anaknya terus membidas. " Fatimah, aku bukan apa la, cuma nak cakap sikit, aku pun ada anak tapi entahlah rasa malas sangat nak cerita pasal aku, baru-baru ni aku pergi  sain buku rekod dia , Alhamdullillah syukur, tiap- tiap kali periksa, dia dapat A semua subjek. Itulah aku harap-harap nanti dia dapat sambung belajar dekat luar negara boleh la lepas hari aku bercerita pasal anak aku pula. Kkesian dekat kau Fatimah, tiap-tiap hari mesti penat nak bercerita pasal anak kau kami ni. Hah, lagi satu aku nak bagitau dekat kau Fatimah, zaman sekarang ni payah sangat nak dapat kerja. Graduan IPTA yang cemerlang pun belum tentu dapat kerja lagi, ku tak tahu kalau yang swasta macam mana pula"?

Zaimah terkedu mendengar Noriah yang berani berkata begitu, lantas memandang Fatimah untuk melihat reaksinya apabila mendengar apa yang dibebelkan oleh Noriah. Fatimah tersentak tetapi cuba untuk mengawal keadaan dengan cuba mengukir senyuman walaupun dia tahu yang Noriah cuba memerlinya.
keadaan menjadi sedikit tegang selepas mendengar percakapan Noriah yang terang-terangan memerli Fatimah. Selepas Fatimah beredar, Noriah tertawa lantas berkata kepada Zaimah " puas hati aku, hah kau nak tipu kawan-kawan kau lagi, dulu boleh la cik Fatimah sekarang kau jangan haraplah". "

"Wow Noriah, dari mana kau belajar ni, aku rasa kesian pula tengok Fatimah tadi, tapi aku suka apa yang kau cakapkan tadi". gelak Zaimah.

Noriah kemudiannya bercerita kepada suaminya tentang peristiwa itu, lantas suaminya tertawa. 'sayang ni jahat betul la". Biarlah baru dia tahu siapa Noriah yang sebenar, Zaimah bolehlah nak dengar apa yang dia nak tipu dengan dengan Noriah? jangan main-main noh". Jawab Noriah.

bersambung...

Sunday, December 5, 2010

Rancangan Tergendala

Sebenarnya hari ni plan nak sambung story 
Ibu yang hobinya menipu tu, 
sebab member aku yang seorang ni nak tahu sangat ending dia..
dalam plan memang nak habiskan as soon as possible 
tapi banyak hal pulak beta ni..hohoho...

Dalam niat yang tak mahu kemana-mana,
tak mau keluar rumah,
tak mau jalan- jalan
(misi bejimat chormet)
tapi...
apa kan daya,
cheq boring duk rumah..

So, berangkatlah beta ke keluar,
korang ingat aku kalau keluar nak pergi dekat2 ke,
ceh!!!!!
tak layanlah dekat2 (JOHN cikit x salah kan)
terberangkatlah aku ke tanjung dawai..
tapi tak keseorangan..
aku ditemani awek tipu2 aku..
hahahahaaha..
kakak aku lah..(aku mana ada awek)
dan  tidak ketinggalan Umi aku yang memang obses 
dengan berjalan-jalan..huhu

cantik 0o0o0 Tg.Dawai..
Korang layan la gambar aku menggila dengan kakak aku si Angah ni..






hah cukup dengan tu..
kami pon pergilah serang GMART
pergi menggila lagi kat sana...




suka sangat bila tengok gambar kami adik beradik 
macam ni,
yela kan,
bukan senang nak jumpa,
kalau dulu boleh la,
sekarang masing-masing dah merantau,
sekarang ni pon kami betiga,
akak aku sorang lagi
dah stay kat k.l
she has her own life,
sebab dia dah berkejaya,
coming next year, 
Si angah nie pulak dah keja,
So makin payah la kami nak gathering adik beradik..
hohoho...
Itulah yang kami menggila sekarang..
Best sangat2 dapat adik-beradik yang macam korang..
Along, Angah & Abin