Monday, May 9, 2011

End of April

Perhatian!!!!!
sekali lagi entry ni akan bercerita tentang gambar lapuk yang aku berhajat untuk
jadikannya entry........
tak lapuk mana pun sebenarnya, aku eksyennnn ja lebih..

Hujung bulan 4 yang lepas, aku dan Harry (adik aku) pergi hangout ke Kuala Lumpur!!!
bukan pergi melepak tapi pergi jalan2!!!! (bunyi macam sama pulak)..

Kami pergi pun sekejap sebab nak jadi transport atau ajen penghantaran barang
kakak2 kami yang sememang huh!!!!!! busy tahap cipan!!!! dan sekaligus untuk mereka
meminjam camera busuk kesayangan aku ni untuk di bawa ke Tioman....

Pagi2 lagi, aku dan harry kena berangkat dari Sri Gombak ke Bangi, berpandukan
semata-mata signboard dan daya ingatan yang sipi2 je, aku dan harry berjaya terjah
dan sampai ke destinasi yang hendak dituju iaitu UKM Bangi + dengan kejayaan begitu
cemerlang sekali tanpa ada rekod sesat..hahahhaha kalah rekod abah beb!!!!

then, kami pun kemas barang2 angah sebab dia dah kena halau keluar kolej sekaligus
dibuang universiti disebab kesalahan telah belajar selama 4 tahun dalam erti kata yang
tak terbelit2 dia dah habis belajar.

then, kami pun straight pergi bandar baharu bangi untuk lunch...
habis saja lunch, aku dan harry terus memecut 160 dari Bangi ke Sri Gombak sebab
nak ambik along pulak, yeah!! sekali lagi kami berjaya mengekalkan kecemerlangan
tanpa ada rekod sesat!!!hahaha...

sampai di Sri Gombak, kami terus  berangkat ke Bandar Utama...kali ni Along drive
sebab aku memang tak tahu jalan nak ke Bandar Utama...
Kami pun straight je ke One Utama, hangout kat sana..
Muka yang agak KE"PERAK"KAN makan
Shimino....
yela kat utara belum ada branch lagi.. tu yang jadi lagu tuh!!!

bila william dan harry baru nak try makan shimino..
hurmmm sedap!!!!! 

hah dia ni la sifu yang mengajar makan benda alah nie

Lepas selesai tawaf satu One Utama (tak semua pon) kami pon bergerak bergerak
ke Kuala Lumpur tanpa arah tujuan...(sebenarnya nak pergi Midvalley tapi tak tau jalan
dan kami pon buat keputusan untuk ke Berjaya Times Square..

F.O.S times square
cantik giler vw nie!!!


we are the Prince of Wales..hahahaha

times square theme park 

1,2,3 muncung cpat....
habis jalan2 kami pon balik ke rumah along.....
dan kemudiannya gerak-gerak la balik utara.....
cuti weekend je tak boleh pergi lama-lama...



Sunday, May 8, 2011

MY GREAT SIBLING

Salam..
Erm agak kebosanan di petang yang panas ini..huh
bukan nak study!!!sekarang study week tapi seriously satu buku pun belum pegang lagi..
dah terbiasa semua kerja nak buat last minit...apa punya orang!!!!

next 2 week aku akan ada 4 exam untuk ditempuhi..
harap-harap boleh le jawab....jangan jadi macam exam last week sudah
aku pakai M16 je tembak jawapan last2 dapat ciput je jawapan yang betul..huh hanpeh2..

okay sekarang nie nak share gambar aku & sibling sambut family day dekat bukit merah.
walaupun 2 bulan dah berlalu..hah ini lah yang dinamakan entry tertangguh..haha







best dapat capture dalam AIR haha....!!!!

HARI IBU

Salam.... erhmmmm baru saja terbaca artikel tadi yang mengeluarkan isu panas...
katanya mothers day haram.. is that so?
kenapa sekrang baru nak adakan konspirasi tu?

menurut artikel itu, katanya mothers day bukan hari untuk memperingati ibu 
yang melahirkan kita tetapi ia adalah untuk memperingati sister-sister dalam agama kristian..
betul ke kesahihannya?
aku sendiri pun tak tahu.

bagi pandangan aku, kita sebagai seorang muslim haruslah meletakkan niat yang memang2 
betul iaitu niat untuk menghargai ibu yang melahirkan dan membesarkan kita. 

jadi bila dah tanamkan niat yang betul,
kita akan menghargai ibu kita tiap2 hari. betul tak?
tak payah nak tunggu hari ibu ja baru nak dalami perasaan dan susah payah ibu kita..

ALANG SAYANG MAMA

an awesome moments

Apa gunanya blog bila tak updated..
hah itulah situasi berlaku dekat aku.. bukan malas nak update,
tapi masa memang jeles gila beb..di tambah dengan wireless yang
sememangnya macam taik( tapi still bersyukur sebab boleh jugak online)


Untuk entry kali ini aku nak share gambar kami sibling pergi sambut
our parent's anniversary and birthdays.

the girl is my eldest sister, she's now living in Kuala Lumpur,
the guy wearing black shirt is my besties and also my mom's  adopted son..
and lastly, abin, my little brother.
from the left is my Kak jiha, she's also my mom's adopted daughter,
in the middle as usual, its me and and the girl on pinky dress is my sis.

last posing before going back

he is crazy

each of us enjoy our meals and most important thing is we are showing our respect
towards mama and abah.. 

I REALLY LOVE LOVE MY FAMILY.......


Wednesday, February 2, 2011

Fairy story is Ever and evergreen!!!!

THE CAVE OF THE GOLDEN ROSE



Aku suka tengok citer nie.. it remains my children life. actually, aku dah lama cari cerita ni.
aku memang nak tengok2 sangat. aku ingat lagi, cerita ada  nie dekat RTM 2 waktu malam.
waktu tuh tahun 1999 masa aku darjah 2.. best gila layan cerita fantasi macam ni..
yela waktu kecik- kecik dulu smua cerita dongeng aku layan. dan sekarang mencari- cari semua
semua cerita tuh.. aku x nak yang versi cartoon punya... aku nak yang versi orang berlakon baru
best..hahahahahha jiwa budak2...!!!!!!!
ada aku kisah.....actually citer2 macam nie la yang EVERGREEN....trust me...

nanti zaman anak- anak i mean for the next 15 years.. cerita2 macam mesti akan still
berdiri di hati budak2...daripada zaman kita, dan terus ke generasi akan datang....



sleeping beauty


Cinderella

Snow white


rapunzel
jack and beanstalk

beauty and the beast

pinocchio



back to cave to of the golden rose... citer ni lebih sinonim di panggil Fataghiro
sebab heroin citer ni nama fataghiro... citer ni adalah adaptasi sejenis epik zaman
dahulu kala..(kalau x silap aku la)..
best sangat2..latar belakang waktu zaman dulu2 dekat italy..(aku suka bangunan2 lama di italy)
citer ni mengisahkan seorang puteri raja yang ala2 tomboy..
mereka adalah keturunan raja tetpi tidak mempunyai saudara lelaki..
ayah fataghiro.. pernah kecewa sewaktu fataghiro dilahirkan kerana dia menyangka fataghiro 
adalah bayi lelaki seperti ramalan tukang tilik. tetapi dia kecewa kerana fataghiro adalah perempuan
dan sekaligus dia tidak mempunyai waris takhtanya. lantas dia ingin membunuh fataghiro,
kerana dia menyangka bahawa fataghiro membahwa sial kerana di sebabkan fataghiro jugalah isterinya 
meninggal dunia..
tetapi sewaktu ingin membunuhnya..fataghiro di lindungi oleh satu jelmaan yang menolong fataghiro sehingga
dewasa...

best bukan storyline citer nie....
kepada sesiapa yang mindanya x macam aku mesti akan cakap boring...hahahahha
tapi itulah aku..aku suka kepada sesuatu yang khayalan.. 
imagination build your mind- falsafah sendri-hihihi (n_n) Y

KHURAFAT memang terbaik

last 2 days aku pergi tengok citer KHURAFAT...
and citer ni aku bagi 5 bintang beb!!!!...
memang TIPTOP la...
penceritaan yg memang mantap..
selalunya kalau nengok filem seram ni..
aku memang akan ramal what the next scene..
tapi movie ni memang berlainan sebab aku
memang x dapat agak apa yang bakal berlaku..
even my sis pon sama..

to syamsul yusof...tahniah kerana berjaya menghasilkan 
satu produk yang amat berkualiti...
berbaloi usaha & modal yang dikeluarkan..
sebab citer ini memang betul2 SUPERB

to those yang x nengok lagi..
korang memang rugi beb..

citer ni mengisahkan tentang seorang lelaki
yang telah beristeri tetapi masih lagi diganggu oleh 
ex- gf dia..
dia tinggalkan ex -gf dia kerana dia tidak tahan dengan
perangai ex - gf nya yang kaki clubbing, perangai terok..
lantas membuat keputusan untuk berumah tangga dengan
seorang wanita yang baik perwatakkannya..

lantas bermulalah konflik dimana dia sering diganggu oleh 
anna iaitu ex- gf nya dan paling dasyat sekali dia
dan isterinya juga sering diganggu oleh makhluk halus...
untuk kesudahan citer ini...korang tengok sendiri lah ye..
baru happening sikit...
oleh itu, pergi la wayang yang berdekatan anda
ataupun tunggulah sampai raya puasa nanti!!!
untung2 citer astro tayangkan..hehehehhe...
kalau anda cerdik dan bijak bestari... silalah download okay!!!
hahahahhahaha

ini triller citer KHURAFAT....
percayalah...memang TIPTOP...!!!!! (n_n) Y

Wow!!! akhirnya Impian aku tercapai....

Wah agak kelamaan ya saya tidak mengUPDATE blog busuk nie..
(behave bahasa tuh cikgu..-gunakan bahasa cikgu)  @_@
nak kata sebab busy tak kot...tapi sebab apa ya?????

Pertama sekali aku nak mintak maaf dekat a person yang selalu
comment kat aku punye chatbox..

i dont even know ur real name,
but i really2 sorry to say those words.
TYSM for giving such good comment
and honestly.. i do appreciate it..
it just, you dont have repeat the comments
sebab memang dengan hati yang begitu 
ikhlas dan jujur...blog saya macam biasa je...
and again sorry if it hurts you...
keep coming to my blog okay..

okay tadi tuh intro je!!!
ni baru story yang betul...
firstly aku nak bgitaw dekat korang
the reason kenapa aku involved dalam blogging nie...

actually sebermulanya aku mengenai dunia blog nie
semasa aku form 3, seriously memang tertarik dengan
blog AMRISOLARSTREAK...
blog ni suggestion daripada teacher aku...
you all have to read his blog..
amri ni anak murid teacher aku yg until now masih
belajar dekat DURHAM, U.K...
dia sekarang tengah buat PHd kt sana..umor dia kalo  x salah
baru 25.. hebat bukan!!!!! muda2 dah ada PHd...


Stop pasal amri..
sebenarnya aku berblog ni bukan nak cri pendapatan,
tapi lebih kepada nak menulis apa terlintas di pala otak aku...
dan situasi yang aku alami.. lebih kurang macam nak buat diari la...hehehehe

dan Alhamdullilah sekrang ni baru impian aku untuk menulis blog sepenuhnya
sudah sampai..SEBAB??????????????
aku sudah ada CAMERA!!!!!
ala itu pon nak kecoh...!!!
well, sebenarnya aku memang teringin nak ada camera sendiri
sebab boleh la aku capture memori2 aku sekrang untuk aku
lihat di masa hadapan..
seriously, aku agak kesal sebab x ada camera sejak sekolah..
kalau dulu2 lgi sudah ada kan best!!!! erhmmmm....




amacam!!! style x camera aku..hihihihi..
murah je aku beli time promosi...
so InsyaAllah lpas ni boleh la aku share macam2 gambar kt blog nie...



muka yang agak excited!!!hehehe
oh man!!! kantoi la dah besar 
masih pakai almari Garfield .....hehehehe 
(korang buat2 tak nampak okay)