Tuesday, November 23, 2010

Ibu yang hobinya menipu Part 2

Cerita yang kedua

Zaimah hanya berdiam diam diri dan mengiyakan saja apa yang disampaikan oleh Fatimah. Fatimah seolah2 tidak berasa malu terhadap Zaimah dan terus berbohong. Zaimah berharap agar satu hari nanti, pembohongan  Fatimah akan terbongkar dan pada waktu itu, barulah dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

Anak Fatimah yang lain iaitu Fatin bakal menghadapi SPM dan Fatin adalah pelajar jurusan sains hayat. Kali ini, Fatimah tidak terlalu membanggakan anaknya Fatin kerana dia tahu  pretasi Fatin tidaklah sehebat Faris abangnya. Walaubagaimanapun, Fatimah terus berbohong kepada rakan- rakannya terutama sekali Zaimah kerana, pada pendapatnya, anak- anak Zaimah tidak setanding anak- anaknya.

Masa berlalu, Dayana anak kepada Zaimah berjaya menamatkan pelajarannya di Maktrikulasi dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaimah dan suaminya sangat gembira tetapi kegembiraan itu tidaklah ditunjukkan sangat oleh Zaimah dan suami kepada rakan- rakan mereka. Kali ini, Zaimah berkata kepada suaminya, " abang, saya nak tengok macam mana reaksi Fatimah bila Dapat Tahu yang Dayana pun dapat masuk IPTA. Tiap- tiap hari bingit telinga saya abang bila dia bercerita pasal Tanggungan Faris di Universiti." Suaminya pun berkata, " biarkanlah sayang, orang lain pun ada anak jugak, anak orang lain pun ada juga anak yang cemerlang tapi kecoh pun macam dia. Sabarlah, Tuhan itu maha adil, kalau betul dia tipu kita, suatu hari nanti pasti akan terbongkar jugak."

Fatimah mengetahui yang Dayana dapat melanjutkan menyambung pelajarannya ke IPTA seperti Faris, dia sedar yang lama kelamaan Zaimah pasti akan mengetahui penipuannya tetapi dia masih lagi buat seperti tidak apa yang berlaku.

"Fatimah, Alhamdullillah sangat Dayana dapat masuk IPTA, sekurang- kurangnya ringan la cikit beban aku dan suami. Sebab kalau dah meyambung pelajaran dalam institusi kerajaan ini, kita ibu bapa tak payah la nak khuatir sangat tentang duit tanggungan mereka, banyak bantuan pelajaran disediakan." perli Zaimah kepada Fatimah.

Fatimah cuba mengubah topik dengan bertanyakan tentang Dania. " Dania macam mana sekarang, belajar okey?"

"Belajar apa yang okeynya Fatimah, Alhamdulillah la, banyak peningkatan Dania, dia cuba nak komited dalam pelajarannya cuma perbelanjaan pengajian itu yang agak mahal cikit." Bidas Zaimah.

Fatimah yang berasa seolah- olah dirinya diperli oleh Zaimah cuba melarikan diri, " okey la Zaimah, aku nak balik masak nie, dah dekat tengahari dah nie, nanti laki aku balik, bising pulak dia." Tersenyum Zaimah mengiyakan Fatimah.

bersambung....

2 comments:

aiN_myRa said...

sila amek award!!!!!

DaNieL said...

story x abis lg...
nnti abis winner ar...hahaha