Saturday, December 18, 2010

ada best ada x best

Okay hari memang teruji la kesabaran aku
Ujian demi ujian dilalui pada hari ni
cewah!!!!! bunyi macam cuak ja..
tapi sebenarnya nothing serious pon

okay kita cerita dari mula
HARI NI
pagi2 lagi aku dah bangun
agak mengantok jugaklah sebab aku dah
stay out  malam tadi sampai pukul 4

kita orang pun bertolaklah
ke Airport kepala batas
but before that kena pergi ambil Mandak aku dulu
because she got no transport
so aku la yang drive dari S.P ke Gurun
di Gurun kena tunggu Pakteh aku sebelum pergi
sebab kitaorang planning nak convoy sekali

Jam 10 kami pun bergegas lah ke Alor Setar
aku la driver sebab abah tak join sebab
kena tunggu Haikal

Sampai di airport inilah kerja kami
menggila dulu..posing habis habisan la..







Actually kiteorang Convoy pergi Airport ni ramai2 nie
sebab sebab ada Family vacation dekat Indon...hahhahaha
Bunyi macam aku tipu X?
selamat korang notice awai2 sebelum dikencing habisan-habisan

Actually kami semua nak sambut Tok Wan tercinta
pulang dari tanah suci Mekah
dah sebulan tok wan pergi dan sekarang
masa untuk melepaskan rindu..hehehe
Waktu kitaorang tunggu dekat Arrival tadi memang
cukup menyeksakan..
orang berpusu2 macam dekat pasar malam
mana tidaknya, jemaah penang pon turun dekat sini
kira flight ini direct dari KLIA ke Alor setar
so, waris2 dari penang kena ambil dekat sinilah.

once dah nampak tokwan aku..
happy sangat sebab tokwan aku sihat2 ja..
then, before berangkat keluar dari terminal
kitaorang pon berkumpul satu family
peluk tokwan (melepaskan rindu la konon)
kitaorang dapat hadiah dari mekah...hohoho

then,kitaorang pon berangkat la balik la ke Gurun
sebab nak makan besar- besaran
yela bukan senang nak kumpul semua family kan

tapi sampai ja di Gurun aku turun semua passanger aku
aku pun terus gerak balik ke S. P
sebab nak ambil abah dan Haikal.
turut serta bersama aku Abin.

HAH TIBA LA PART YANG TAK SERONOK

On the way balik tuh
aku memang bawak kereta Slow sangat
yela sebab dah letih drive ke Alor Setar tadi.
jadi memang slow la aku drive
dalam 80 macam tuh jadi
so far jalan sentiasa menyebelahi aku
bila sampai traffic light ja semua hijau
so tak payah nak berhenti

then tiba la satu kejadian yang memang tak best arr..
AKU EXCIDENT jeng3..
actually tak terok pon
dah dekat sangat nak sampai rumah
tapi benda nak jadi.. jangan salahkan sesiapa

bila dah masuk taman aku pon drive slow la
30 macam tuh ja..
then, aku tanpa aku duga ada motor yang followed
kereta aku dari belakang
bila aku nak belok buka signal terus belok ja la sebab ingat
dah memang tak motor la..(aim nak balik rumah ja)
tapi aku silap ada motor  betul2 tayar belakang kereta aku (blindspot )<------kalau dalam teori lesen

apa lagi bila aku belok ja dia dia terus hemtam kereta la..
tapi luckly, aku tak drive laju waktu tuh,
so aku tak sempat belok sepenuhnya la kan..
then terus brek..
Si motor ni bawa laju juga la,
lepas dia hentam kereta aku
terus terseret cikit..
then, motor dia pon terbalik, kereta aku pun kemek la!!!

So far, lepas dibincang2kan
kita orang settle sendiri,
salah aku sebab masuk melulu..
salah dia sebab follow terlampau dekat
dia pun tak da luka, cuma motor brek rosak..

So kitaorang settle elok2..
dia sorry aku, aku sorry dia..

Tapi duit aku yang sorry!!!!!huhu..
nak kena repair kereta..
tadi dah pergi ketuk body yang kemek tuh..
selamat la dia bantai side body ja..
tak la melayang sangat duit aku..
kalau bantai pintu @ chasis..
mampus aku...

lepas ni nak kena pergi simen
balik body pastu cat balik..
huhuhuhu..

Dugaan2..
tapi kalau tak kerana
dugaan ni aku takkan dapat pengajaran hebat ni..
kita belajar dari kesilapan..
moga2 tak berulang lagi..

lepas excident tadi terfikir macam mana la
kalau excident yang teruk sampai rosak kereta tuh
mesti lagi pening memikir nak repair.. ermmm!!!????





Friday, December 17, 2010

Result Final mengumbirakan

Penantian satu penyeksaan
tapi Alhamdullilah ia bukan satu penyeksaan
bila dapat berita yang gembira

Hari ini sukacitanya result sudah keluar
dan berpusu2 jugalah yang
masuk portal untuk download file
dan usha result sendiri seta kawan2..














Syukur sangat2 bila tengok result aku
walaupun tak dapat dean list
+  result kawan2 lagi best
tapi aku bersyukur sangat sebab dapat lulus
dan dapat buat degree next sem

And 1 more thing aku bangga dengan
pencapaian aku yang tidak merosot
each sem pointer aku semakin okey..
Alhamdullillah aku dikelilingi kawan2 yang sedia membantu
bak kata orang satu kepala la
yela dalam kelas
aku sorang ja yang pelik
senang cerita untuk masuk ke
Major degree in Technology ni
a person wajib ambil subjek2 kat bawah niewaktu SPM dulu
Fizik, Kimia, teknologi kejuruteraan dan Add math.
tapi aku tak ambil pun subjek2 nie
berbekalkan subjek2 vokasional aku yang tak seberapa
aku dapat jugak masuk dalam course ni..
itulah rezeki manusia Tuhan yang tentukan.. Syukur sangat2
berpeluang buat degree terus..

Untuk kawan2 aku pula
aku terima kasih banyak2 dekat korang
yang selama ini banyak membantu aku
terutamanya kepada OLie, Aref, Sham
sahabat sekumpulan aku..
tanpa korang mungkin aku tak boleh kekalkan
prestasi aku.. thanks S.O.D.A
S.O.D.A = sham, olie, Den, aref


Dan tak lupa juga kepada budak2 kelas aku
yang memang kemerengan tapi stlyo habis..
enjoy satu kelas dengan korang..
RBT A
21 kita memang hebat..
kitalah masalah, kitalah kecemerlang Maktab!!!
Bravo!!!!

okey guys

Next sem kita pulon lagi Okey !!!!!!

Thursday, December 16, 2010

am i afford to buy this..

I'm eager to have my own Cadillac Escalade..
you know what? because this car is super fantastic..
take a look at this link

http://www.youtube.com/watch?v=LDe15_cIxeU



but the problem is..
do Cadillac's cars offer in Malaysia,
i've never seen Cadillac cars in the road before this
for sure it will cost a lot of money to get this fantastic car
but what to do
my heart keep telling me that
this is your dream car and
you better get it no matter what
can somebody please tell the easy way to grab this awesome baby..
i wish to buy it even i am not a wealthy person
hahahaha

And the first thing i wish to do when i am able 
to buy this Escalade is........
I will try to bid this super fabulous plat number
    DAN141= DANIAL

 I'm so excited when it comes to chose a car
as my own quotes said ' kalau nak barang ORI kena la usaha BRO ' 

the quotes remind me everything 
as it helps me to growth my strength 
and most importantly is to choose my bride-to-be... hehehe..
but now!!! my bride-to-be is always Cadillac Escalade..


Wednesday, December 15, 2010

Entry ni xda tajuk....


Bercerita lagi aku pada malam ini
Nak jadi cerita cikit
malam ni aku,angah & abin
jadi orang putih okey.

kami tak makan nasi malam ini (sleng oreng putih cikit ye)
jadi berangkatlah kami mencari tempat untuk "DIMAKAN"
MAKAN OH MAKAN nanana what the next!!!(follow up lgu rihanna cikit)
sudah jangan merapu!!!!

hajat di hati ni nak makan PIzZa
sebab ada orang nak sponser ..hehe
kalau guna duit aku jugak
alamat makan Single meal ja la.


dah tak payah story morry banyak2..
korang layan la gambar ni okey..





















sampai je ke DESTINASI kitapun take sit la.. (benda wajib kan)
then, belek2 menu dekat 10 minit
aku nak ini, kau nak ni, abin itu..
okey stop..dah order dah pon..

pastu kitaorang pon berangkatlah
ke aktiviti tidak rasmi yang sememangnya poyo..hahaha
apa lagi PICTURE PICTURE la..
dah la sitting  dekat dengan  kaunter payment
memang TERPOYO la kami orang tengok

tapi ada kitaorang kisah
lantak korang la...
kot2 la korang offer nak tolong capture kitaorang
bila tenung2 kitaorang
dengan muka yang sangat desperate macam nak brgambar dengan aku
wah ayat kau sememangnya cannot go bro!!!!!
























sememangnya kami kepoyoan cikit
bila tengok PiZza yang melekit macam ni
syok2..sedap sangat topping ni
agak lama la jugak aku tak makan PiZza
last aku makan awai tahun ni
Alhamdullillah kitaorang bajet lebih sikit
itu yang ter angelina jolie malam ni.





haha.. gambar ni jelas menunjukkan yang aku 
sudah MUAL@ TAK LALU nak makan
yela spagetti ni ada cheese cepat MUAL kot
teringat lagi time aku makan spagetti yang fully cheese kat KLCC
Ya Allah tuhan saja tahu betapa tak inginnya aku habiskan spagetti tu 
padan muka aku sapa suruh order lagi kan..
actually,
kitaorang tak makan sendirian meh..
tetiba hati teringin nk ajak couple nie join venture sekali..
hahhahahhahaha!!!! :)
couple ni memang sweet bangat
kerana tanpa couple ni
sapalah kami tiga orang yang TERPOYO NIM.. :)


cewah mula2 kan
malu2 ja couple ni
tapi bila dah lama cikit
hah!!!!!!
hah sudah suap menyuap pulak..hehehe  
hait....minum pun satu gelas..hehehe
jangan marah yek.. umi abah...
huh... sangat kenyang meh..
makan benda ni pon boleh kenyang
actually kitaorang berperang jugak la nak habiskan benda2 ni
sampai kena main 'LAT TALI TALILAT TALI TAMPLOM ' jugak la..
last2 jadi macam ni akibat kekeyangan


aduh..memang x boleh bawak berlakon 
la die nim..hahaha..
muka 2 in 1 (senyum dgn ???? )
okey la...
kitaorang dah nak balik ni
jumpa dekat lift ye!!! hoho

ohoi...baru aku perasan apa yang pelik dalam gambar nim
hahahahaha....
kenapa abin putih pulak..hehehehe :)

sudah2 la
aku nak balik ni
no capture2 okey..hahahah

So kepada ALONG si jeles ya bila anda membaca entry ni!!!

Sunday, December 12, 2010

Mencari Tiket Sponser..

Sapa yang tak nak kalau diberi peluang
pilih ja tempat yang korang nak pergi
pastu korang pergi everything ditanggung
wah!!! best gila kalau macam tuh

tapi itu kalau aku dah jadi P.M nanti
boleh la..
sekarang ni baru cikgu..
so nak pergi kena ada bajet seh!!! :(

okey....cukup intro Dani..
untuk entry kali ni
aku dengan sukacitanya nak senaraikan 
5 lokasi atau negara yang sememangnya aku nak
pergi kalau korang sudilah nak jadi finance aku
hahahahaha..

1) Mekah

Of course la..sapa yang tak nak pergi kan. 
Kita islam wajib pergi, tapi bukan pergi melancong,
pergi beribadah.





so,to those yang dah pergi,
korang memang beruntung sangat..
tapi kalau nak pergi tempat ni,
betulkan niat tuh, barulah berbaloi2

2) Niagara falls

Actually water falls ni terletak antara 2 negara..Boarder state la
 between Canada and New York(America) 
pemandangannya memang superb la..
keindahan yang tuhan tunjukkan
dan sekaligus menunjukkan betapa
kerdilnya manusia..
Cantik sangat waterfall ni






3) Seoul Korea

Entah kenapa aku rasa suka sangat tempat ni
mungkin sebab selalu tengok cerita korea kot
ramai orang cakap tempat sesuai untuk lovers
mungkin betul la kot
and one more thing yang aku tertarik nak ke korea
adalah di sebabkan culture dia kot!!!
annieyoseyo!!!(ada awek korea selalu cakap macam ni kat aku masa aku tengok T.V)






4) London, United Kingdom

Of course tempat ni famous,
aku payah nak mention banyak pasal tempat ni
sure semua orang tahu,
tapi one more thing, kalau aku berkesempatan ke sana
aku tak nak travel U.K saja..
kalau boleh nak travel Paris sekali..
wah demand kau ya Dani..
yala alang2 menyelup pekasam,
biar sampai ........alamak !!!(terlupa plak) hehe

nie dekat Belgium, bangunan comunication ape entah
tapi suke design bangunan ni..

 London hall kalau tak silap..
actually banyak lagi tempat best
kat london tapi malas nak cari..
(cewah cakap macam expert ja)

Disneyland Europe
dekat Paris


5) Italy

Aku sendiri tak tahu apa yang special 
sangat Italy pada mata aku..
world cup hari tuh pon sokong Italy
actually bangunan2 bersenjarah dekat Italy
bagi aku rasa yang Italy ni negara yang boleh
mengimbas kembali memori bila tengok cerita2 
orang putih yang dulu2,
yela bangunan lama macam yang ada dekat dalam cerita Hercules,
Alexander the Great..
dan macam2 lagi la..
best jugak dia di fikiran kalau 
aku berada pada zaman2 Alexander dulu...(imaging la ko
tempat ni dieorang kata sesuai untuk lovers jugak)






Huh..panjang jugak entry kali nie..

okayla.. KEPADA SESIAPA YANG WISH NAK KASI SPONSER DEKAT
AKU SUPAYA PERGILAH TRAVEL DEKAT TEMPAT2 NI

SILA HUBUNGI AMBE YE...
DI TALIAN 015444639...(KALAU XDAPAT AKU BUSY LA AGAKNYA)







Ibu yang hobinya menipu Part 7

"Takpa la Zaimah, kita tunggu tengok apa yang dia nak cerita dekat kita lagi. Aku dah tak sabar-sabar nak dengar cerita yang  tak logik si Fatimah tuh." jelas Noriah.

"Noriah, kadang-kadang aku terfikir jugak,Fatimah ni tak perasan ke yang dia mengaibkan diri dia dan anak-anak dia. Ibu mana yang tak suka kalau anak-anak berjaya, tapi jangan sampai kita berlebih-lebih, meluat orang dengar. Ditambah pula dengan cerita mengarut dia tu, aku dah tak da mood nak percaya." tanya Zaimah.

"Entahlah Zaimah, aku tak tahu nak cakap macam mana, kita tunggu dan lihat saja la." jawab Noriah.

Fatimah sikitpun tidak menyangka yang Zaimah tidak percaya kepada apa yang ceritakannya. Reaksi Zaimah seperti mempercayai apa sahaja yang disampaikannya. Fatimah berasa bangga dan teruja kerana dia tahu yang Zaimah akan bercerita kepada Noriah dan dia mahu Noriah mengagumi anaknya bukan sebaliknya.

Setelah 2 minggu memperolehi keputusan SPM, Fazura akhirnya menerima tawaran pertamanya iaitu temuduga Institut Perguruan. Fatimah yang mengetahui berita itu sangat gembira dan terus bercerita kepada kawan-kawannya yang Fazura bakal menjadi guru tanpa menyedari yang hakikatnya Fazura baru sahaja menerima tawaran temuduga bukannya tawaran melanjutkan pelajaran.

Seluruh kawasan kediaman tahu yang Fazura menerima tawaran temuduga Institut Perguruan gara-gara Fatimah yang terlalu teruja akan anaknya itu.

Hari temuduga telah tiba, pagi itu Fatimah sangat gembira sekali. Kalau boleh dia mahu semua jiran-jiran tahu yang Fazura akan menjalani temuduga pada hari ini. Lantas, dia cuba mengamit situasi. Dia bercakap dengan nada yang lebih kuat dengan niat Noriah dan Zaimah yang tinggal berhampiran rumahnya medengar peristiwa  pagi itu.

"Fazura anak mak, buat elok-elok ya sayang. Ingat pesan Mak berdoa banyak-banyak, tak sia-sia mak jaga kamu." bicara Fatimah.

"ya mak."

Seperti yang dikehendaki Fatimah, perbualan Fatimah dengan Fazura pada pagi itu didengari oleh Noriah. Noriah tidak mahu berkata apa cuma turut berharap yang Fazura akan lulus temuduga itu. Petangnya pula, Fatimah mula bercerita kepada Zaimah dan Noriah tentang situasi Fazura sewaktu ditemuduga pagi tadi.

"sekarang ni nak jadi cikgu bukan senang la. temuduga pun kena Speaking, selamat Fazura tau juga nak cakap macam mana. Fazura ni tahu nak cakap B.I ni, kat rumah dia la selalu cakap dengan adik-adik dia. Kalau Fazura jadi cikgu nanti, aku nak buat kenduri kesyukuran la. Penat lelah usaha dia kita kena hargai." kata Fatimah.

Noriah dan Zaimah hanya mengiyakan apa yang dikatakan oleh Fatimah.  Walaupun di dalam hati terbit rasa menyampah tetapi di iyakan juga kerana menjaga persahabatan. Fatimah seolah-olah terlalu bangga sehinggakan dia lupa yang dulu Noriah pernah memerli dia kerana selalu meninggi-ninggikan anaknya. Tetapi Fatimah tidak kisah kerana dia yakin dan akan merasa bangga kerana anaknya Fazura merupakan orang yang pertama menjadi guru nanti.

Zaimah dan Noriah mempunyai anak yang sebaya yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun depan. Zaimah yakin akan kebolehan anaknya itu tetapi tidak mahu berlebih-lebih takut-takut apa yang diinginkan tidak tercapai suatu hari nanti. Apa yang penting padanya ialah usaha. Begitu juga Noriah, prestasi anaknya Haikal sentiasa memuaskan, tiap kali menghadapi peperiksaan, keputusan Haikal tidak akan mengecewakan.

Tetapi itu bukanlah alasan untuk Noriah membangga-banggakan anaknya, cukuplah sekadar gembira di dalam hati, ceria di luar. Noriah juga takut kalau-kalau terlalu mempercayai kebolehan anaknya, suatu hari nanti dia mungkin kecewa kerana terlalu yakin dengan kebolehan anaknya. Hidup ada pasang surutnya, kadang kita di atas, kadang kita di bawah, itulah pegangan Noriah dan dia selalu mengingatkan benda ini kepada anak-anaknya agar jangan terlalu angkuh dengan kejayaan yang kita peroleh, kerana ianya tidak berkekalan.

bersambung...

Saturday, December 11, 2010

aku kawan kau la..
















Rapat tak semestinya suka
ambil berat tak semestinya sayang
rindu tak semestinya cinta

kawan adalah kawan
kadang-kadang boleh bertukar menjadi lawan
dan kadang-kadang boleh berubah menjadi perasaan

itulah perasaan yang perlu
kawan-kawan aku ketahui
aku  mahupun kawan-kawan
aku sayang korang tak semestinya aku suka
aku ambil berat tak semestinya aku sayang
tapi yang penting
kalau wujud sekalipun perasaan itu

ia hanyalah perasaan sebagai seorang sahabat
tak lebih daripada itu,
aku  bersedia untuk bersahabat
tapi bukan sebaliknya..
mungkin belum masanya
jadi tak payahlah nak persoalkan
bila aku terlalu concern kepada korang
aku cuma teman tapi mesra..
wallah!!!!!!! :)

puitis sikit malam ni...

bye..