Sebulan telah berlalu, selama itu jugalah Fatimah gelisah menanti keputusan temuduga Fazura. Dia sangat berharap dan sangat menginginkan Fazura untuk menjadi seorang guru.
Masa yang dinantikan telah tiba, keputusan temuduga telah pun keluar dan malangnya Fazura tidak layak untuk mengikuti kursus keguruan tersebut. Fatimah sangat kecewa mendengar khabar berita itu dan juga dia buntu memikirkan cara bagaimana untuk menjelaskan kepada kawan-kawannya apabila mereka bertanya kelak.
'Sudah pasti Noriah dan Zaimah akan menjadi orang pertama yang bertanya,' bisik hati Fatimah.
Dari hari itu, Fatimah cuba mengelak daripada bertemu dengan Noriah dan Zaimah dek kerana takut untuk berdepan dengan soalan mereka.
Tetapi Noriah dan Zaimah tidak berdiam begitu saja kerana mereka tahu yang keputusan temuduga Institut Perguruan telahpun keluar tetapi mereka merasa hairan kerana Fatimah tidakpun bercerita kepada mereka.
"Zaimah, kau perasan tak semenjak dua menjak ni Fatimah cuba mengelak dari kita?"
"Kau ni macam tak biasa pula dengan perangai Fatimah tu, ni mesti si Fazura tu tak dapat maktab la. Kalau dah dapat tawaran tu mahu dia kecoh satu taman ni," bidas Zaimah.
"hah betul la, terlupa pula aku pasal keputusan temuduga tu, Zaimah, aku tak kira kali ni aku nak tahu juga apa alasan dia," tegas Noriah.
Seminggu selepas itu, Fatimah berani untuk bersemuka dengan Noriah dan Zaimah. Dia berharap agar Noriah dan Zaimah terlupa akan perkara tersebut dan dia sendiri tidak akan mengingat mereka. Tapi Fatimah silap kerana Noriah sentiasa mencari peluang untuk mengenakan Fatimah.
Keesokan harinya, mereka bertemu di pasar sewaktu hendak membeli ikan. Lantas Noriah cuba untuk menyapa Fatimah.
"Hai Fatimah, lama tak nampak?'
"Eh Noriah, Zaimah, aku tak berapa sihat sikit semenjak dua menjak ni. Sekarang ni barulah rasa segar sikit
itu yang aku datang pasar ni, tidak ke suami aku la tolong belikan."
"Oh macam tu rupanya, aku ingatkan kau sengaja nak mengelak daripada kita orang, tak begitu Noriah," bidas Zaimah.
"A 'ah la Zaimah, apa gunanya kawan kalau sakit tak nak bagitahu," tambah Noriah.
Fatimah terkebil-kebil mendengar apa yang dirungutkan oleh Noriah dan Zaimah, dia hanya berdiam diri kerana tidak tahu apa yang nak di suarakan.
"Hah Fatimah, dah dua minggu aku nak tanya kau tapi yela tak nampak-nampak kau pun, macam mana keputusan temuduga Fazura. Boleh ke jadi Cikgu?" soal Noriah sambil menjeling ke arah Zaimah.
Fatimah terkedu mendengar pertanyaan Noriah dan tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan itu, tetapi dia tidak mahu diperbodohkan terus oleh kedua- dua kawannya itu dan lantas menjawab.
"Oh pasal itu ke, aku memang nak bagi tahupun tapi belum berkesempatan, yela sebelum nie aku sakit.
Pasal temuduga itu, bukan senang-senang ja nak dapat Noriah, walaupun keputusan cemerlang tak semestinya akan terus dapat. Fazura takda rezeki, dia gagal temuduga. Tapi waktu temuduga harituh, diaorang ni check macam2. Cara berpakaian, cara berjalan. Muka ni kena bubuh make up jugak, kalau tidak memang kena reject awal2 lagi la," jelas Fatimah.
"Yela cik Fatimah oi!" jawab Noriah dengan nada yang memerli.
Noriah dan Zaimah sikitpun tidak percaya akan apa yang diceritakan oleh Fatimah tadi dan menganggapnya sebagai satu alasan yang tidak masuk akal.
besambung...
Showing posts with label Novel Ciptaanku. Show all posts

Friday, January 7, 2011
Sunday, December 12, 2010
Ibu yang hobinya menipu Part 7
"Takpa la Zaimah, kita tunggu tengok apa yang dia nak cerita dekat kita lagi. Aku dah tak sabar-sabar nak dengar cerita yang tak logik si Fatimah tuh." jelas Noriah.
"Noriah, kadang-kadang aku terfikir jugak,Fatimah ni tak perasan ke yang dia mengaibkan diri dia dan anak-anak dia. Ibu mana yang tak suka kalau anak-anak berjaya, tapi jangan sampai kita berlebih-lebih, meluat orang dengar. Ditambah pula dengan cerita mengarut dia tu, aku dah tak da mood nak percaya." tanya Zaimah.
"Entahlah Zaimah, aku tak tahu nak cakap macam mana, kita tunggu dan lihat saja la." jawab Noriah.
Fatimah sikitpun tidak menyangka yang Zaimah tidak percaya kepada apa yang ceritakannya. Reaksi Zaimah seperti mempercayai apa sahaja yang disampaikannya. Fatimah berasa bangga dan teruja kerana dia tahu yang Zaimah akan bercerita kepada Noriah dan dia mahu Noriah mengagumi anaknya bukan sebaliknya.
Setelah 2 minggu memperolehi keputusan SPM, Fazura akhirnya menerima tawaran pertamanya iaitu temuduga Institut Perguruan. Fatimah yang mengetahui berita itu sangat gembira dan terus bercerita kepada kawan-kawannya yang Fazura bakal menjadi guru tanpa menyedari yang hakikatnya Fazura baru sahaja menerima tawaran temuduga bukannya tawaran melanjutkan pelajaran.
Seluruh kawasan kediaman tahu yang Fazura menerima tawaran temuduga Institut Perguruan gara-gara Fatimah yang terlalu teruja akan anaknya itu.
Hari temuduga telah tiba, pagi itu Fatimah sangat gembira sekali. Kalau boleh dia mahu semua jiran-jiran tahu yang Fazura akan menjalani temuduga pada hari ini. Lantas, dia cuba mengamit situasi. Dia bercakap dengan nada yang lebih kuat dengan niat Noriah dan Zaimah yang tinggal berhampiran rumahnya medengar peristiwa pagi itu.
"Fazura anak mak, buat elok-elok ya sayang. Ingat pesan Mak berdoa banyak-banyak, tak sia-sia mak jaga kamu." bicara Fatimah.
"ya mak."
Seperti yang dikehendaki Fatimah, perbualan Fatimah dengan Fazura pada pagi itu didengari oleh Noriah. Noriah tidak mahu berkata apa cuma turut berharap yang Fazura akan lulus temuduga itu. Petangnya pula, Fatimah mula bercerita kepada Zaimah dan Noriah tentang situasi Fazura sewaktu ditemuduga pagi tadi.
"sekarang ni nak jadi cikgu bukan senang la. temuduga pun kena Speaking, selamat Fazura tau juga nak cakap macam mana. Fazura ni tahu nak cakap B.I ni, kat rumah dia la selalu cakap dengan adik-adik dia. Kalau Fazura jadi cikgu nanti, aku nak buat kenduri kesyukuran la. Penat lelah usaha dia kita kena hargai." kata Fatimah.
Noriah dan Zaimah hanya mengiyakan apa yang dikatakan oleh Fatimah. Walaupun di dalam hati terbit rasa menyampah tetapi di iyakan juga kerana menjaga persahabatan. Fatimah seolah-olah terlalu bangga sehinggakan dia lupa yang dulu Noriah pernah memerli dia kerana selalu meninggi-ninggikan anaknya. Tetapi Fatimah tidak kisah kerana dia yakin dan akan merasa bangga kerana anaknya Fazura merupakan orang yang pertama menjadi guru nanti.
Zaimah dan Noriah mempunyai anak yang sebaya yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun depan. Zaimah yakin akan kebolehan anaknya itu tetapi tidak mahu berlebih-lebih takut-takut apa yang diinginkan tidak tercapai suatu hari nanti. Apa yang penting padanya ialah usaha. Begitu juga Noriah, prestasi anaknya Haikal sentiasa memuaskan, tiap kali menghadapi peperiksaan, keputusan Haikal tidak akan mengecewakan.
Tetapi itu bukanlah alasan untuk Noriah membangga-banggakan anaknya, cukuplah sekadar gembira di dalam hati, ceria di luar. Noriah juga takut kalau-kalau terlalu mempercayai kebolehan anaknya, suatu hari nanti dia mungkin kecewa kerana terlalu yakin dengan kebolehan anaknya. Hidup ada pasang surutnya, kadang kita di atas, kadang kita di bawah, itulah pegangan Noriah dan dia selalu mengingatkan benda ini kepada anak-anaknya agar jangan terlalu angkuh dengan kejayaan yang kita peroleh, kerana ianya tidak berkekalan.
bersambung...

Wednesday, December 8, 2010
Ibu yang hobinya menipu Part 6
Peristiwa tentang Fatin semakin hari semakin suram. Fatimah masih lagi dengan perangainya yang dulu, dia masih lagi bercerita tentang anak-anaknya. tetapi tumpuannya sekarang beralih kepada Zaimah, Zaimah hanya mendengar apa yang diceritakan Fatimah dan kemudian menyampaikan pula kepada Noriah.
Apabila Noriah berada sekali dalam perbualan mereka, Fatimah tidak mahu bercerita tentang anak-anaknya. Noriah hanya mendengar cerita- cerita anak Fatimah daripada Zaimah sahaja "Zaimah apa cerita yang terbaru? Almaklumlah aku sekarang dah terkeluar dari target list dia", tanya Noriah.
"Hah pandailah kau, aku ni yang berasap telinga tiap-tiap hari duk dengar dia tipu aku", jawab Zaimah.
"Ala kau stay la dengar, jangan membantah, si Fatimah tu banyak lagi idea nak tipu kau tau. Lepas dia cerita dekat kau, kau cerita pula dekat aku. Barulah ada topic kita nak bersembang, tak gitu Zaimah?" kata Noriah dalam keadaan bergurau.
Zaimah pun ceritalah kepada Noriah yang baru- baru ni Fatimah ada bercerita tentang anaknya Fazura iaitu adik kepada Fatin yang baru selesai menduduki SPM. Noriah mula mengagak yang kali ini mesti akan menarik lagi.
"Hah apa yang dia cerita dekat kau?"
"Iskh kau ni Noriah sabar-sabar la, aku nak ceritalah ni" jawab Zaimah.
Macam ni dia cerita dekat aku "Zaimah kau tau tak Fazura cerita dekat aku yang soalan SPM baru-baru ni keluar soalan yang cikgu ajar pun. Dia buka buku balik tengok-tengok soalan yang keluar tuh soalan soalan tingkatan 6. Apa yang cikgu ajar tak keluar dalam periksa pun, kesian aku tengok dekat Fazura, menangis-ngangis dia cerita dekat aku ".
Noriah terus tertawa sehingga menitiskan airmata mendengar cerita Zaimah. "Fatimah oh Fatimah, kalau kalau kau nak tipu sekalipun janganlah terang-terang sangat, kau ni Zaimah macam mana kau boleh tahan dengar cerita ia tuh. Kalau aku dekat tempat kau, mahu terkencing dengar cerita tak logik dia tu'. gelak Noriah.
"Hah itulah, aku ni dah sampai tak tahan sangat nak tergelak tapi aku simpan dulu, balik rumah ja Ya Allah, Tuhan saja yang tahu macam mana aku gelak. Sampai suami aku ingat aku dah kena sampuk la kan" jawab Zaimah.

Ibu yang hobinya menipu Part 5
Suami Noriah tertawa melihat isterinya yang ditipu Fatimah. "Awak ni pun satu, dulu saya sudah pesankan, kerap sikit baca paper tuh, bila orang tipu awak taklah awak iyakan saja", kata suami Noriah.
Noriah sudah hilang kepercayaan kepada Fatimah, tetapi di atas dasar persahabatan, dia terus berkawan dengan Fatimah. Zaimah juga begitu, tiap kali Fatimah menceritakan hal-hal anaknya kepada Zaimah dan Noriah, Noriah dan Zaimah mula menunjukkan reaksi yang negetif. Tetapi Fatimah yang seperti tidak perasaan malu terus bercerita tentang anaknya itu tiap-tiap kali mereka bersembang.
Fatin telah menyambung pelajarannya ke Kolej Kejururawatan seperti yang diinginkan oleh Fatimah, Fatimah dengan bangganya bercerita kepada Noriah dan Zaimah yang pengambilan jururawat sekarang bukan senang. Fatin sebenarnya tergolong dalam kalangan orang yang bertuah. " Fatin kalau dah habis belajar nanti senang, tak payah nak sibuk-sibuk pergi cari kerja, dah comfirm dapat kerja, seronok sangat aku", kata Fatimah.
Noriah yang tidak tahan dengan perangai Fatimah yang selalu membanggakan anaknya terus membidas. " Fatimah, aku bukan apa la, cuma nak cakap sikit, aku pun ada anak tapi entahlah rasa malas sangat nak cerita pasal aku, baru-baru ni aku pergi sain buku rekod dia , Alhamdullillah syukur, tiap- tiap kali periksa, dia dapat A semua subjek. Itulah aku harap-harap nanti dia dapat sambung belajar dekat luar negara boleh la lepas hari aku bercerita pasal anak aku pula. Kkesian dekat kau Fatimah, tiap-tiap hari mesti penat nak bercerita pasal anak kau kami ni. Hah, lagi satu aku nak bagitau dekat kau Fatimah, zaman sekarang ni payah sangat nak dapat kerja. Graduan IPTA yang cemerlang pun belum tentu dapat kerja lagi, ku tak tahu kalau yang swasta macam mana pula"?
Zaimah terkedu mendengar Noriah yang berani berkata begitu, lantas memandang Fatimah untuk melihat reaksinya apabila mendengar apa yang dibebelkan oleh Noriah. Fatimah tersentak tetapi cuba untuk mengawal keadaan dengan cuba mengukir senyuman walaupun dia tahu yang Noriah cuba memerlinya.
keadaan menjadi sedikit tegang selepas mendengar percakapan Noriah yang terang-terangan memerli Fatimah. Selepas Fatimah beredar, Noriah tertawa lantas berkata kepada Zaimah " puas hati aku, hah kau nak tipu kawan-kawan kau lagi, dulu boleh la cik Fatimah sekarang kau jangan haraplah". "
"Wow Noriah, dari mana kau belajar ni, aku rasa kesian pula tengok Fatimah tadi, tapi aku suka apa yang kau cakapkan tadi". gelak Zaimah.
Noriah kemudiannya bercerita kepada suaminya tentang peristiwa itu, lantas suaminya tertawa. 'sayang ni jahat betul la". Biarlah baru dia tahu siapa Noriah yang sebenar, Zaimah bolehlah nak dengar apa yang dia nak tipu dengan dengan Noriah? jangan main-main noh". Jawab Noriah.

Monday, November 29, 2010
Ibu yang hobinya menipu Part 3
Masa yang ditunggu- tunggu telah tiba, Fatimah berasa risau dan resah menunggu kepulangan Fatin dari sekolah. Kali ini, Fatimah tidak berasa yakin yang Fatin akan memperoleh keputusan yang cemerlang seperti abangnya Faris. Lantaran itu, Fatimah hanya menunggu di dalam rumah. Setibanya Fatin dirumah, Fatimah terus memanggil Fatin masuk kedalam rumah dan terus menutup pintu rumahnya, takut -takut jiran- jiran lain datang bertanyakan keputusan Fatin.
Sangkaan Fatimah memang tepat, Fatin gagal mengembirakan Fatimah seperti abangnya Faris, Fatimah berasa kecewa dengan keputusan Fatin tetapi tidak memarahi Fatin sebaliknya dia sedang mengatur langkah untuk menipu jiran- jirannya.
Selepas peristiwa itu, Fatimah mendiamkan diri di dalam rumah. Zaimah dan rakan- rakan yang lain perasan yang Fatimah sudah beberapa hari menyepi, lantas memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. "Noriah. kau ada nampak Fatimah tak, sudah dekat 3 hari aku tak nampak dia?",Tanya Zaimah kepada Noriah.
"Ala Zaimah, kau bukan tak tahu perangai Fatimah tu, kan baru-baru ni keputusan SPM keluar, mesti keputusan Fatin tak baik la tu, itu yang dia menyepi saja, cuba keputusan Fatin baik macam abang dia, tak cukup kaki dia nak pergi bercerita tentang anak dia. Dah masak sangat aku ni dengan perangai Fatimah tuh".
jelas Noriah.
Selang beberapa hari barulah Fatimah keluar dan bergaul dengan rakan- rakannya, lantas Noriah bertanyakan Fatimah " Timah, Fatin dapat berapa A, amboi menyepi ja, bukan nak bagitaw kami", bidas Noriah,
"Nor aku tak berapa sihat sikit sebelum nie, Ala Fatin macam biasalah tak menghampakan aku pon, bukan senang nak dapat keputusan elok kan, tambah- tambah Fatin ni pula ambil jurusan sains, tak macam anak Zaimah dulu, memanglah senang nak score sebab ambil jurusan akaun, mudahlah sikit", jawab Fatimah.
Zaimah yang berada di situ hanya berdiam saja walhal di dalam hatinya mengatakan yang Fatimah tak patut membandingkan sedemikian rupa. Noriah hanya mengiyakan saja apa yang dicakapkan oleh Fatimah. Setelah Fatimah pulang lantas Noriah menegur Zaimah, "kenapa kau diam saja waktu dia cakap macam itu dekat anak kau, kalau aku dah lama aku melenting. Ada ka patut dia nak bandingkan anak- anak kita".
Sudahlah Noriah, anak malas nak betengkar dengan dia, biarlah asalkan dia bahagia dengan cara. Kalau betul cara dia tu, takda siapa yang sakit hati, tapi kalau salah cara dia tuh, biarlah dia yang tanggung", jelas Zaimah.
Selang beberapa bulan, Fatin masih belum ditawarkan kemana- mana institusi. Fatimah mula berasa risau takut-takut rakan-rakannya bertanya kerana kemasukkan ke IPTA telah berlalu. Jadi dia mula mengatur perancang untuk memberitahu rakan- rakannya.
Kali ini Fatimah menjelaskan kepada Zaimah dan Noriah untuk memasukkan Fatin ke kolej kejururawatan swasta. Kali ini, Fatimah dengan alasan yang dia lebih percayakan IPTS dari IPTA, biarpun memerlukan belanja yang besar, dia tak kisah asalkan Fatin mendapatkan temapt yang terbaik untuk meneruskan pembelajaran.
Zaimah dan Noriah hanya mampu tersenyum di dalam hati melihat gelagat Fatimah yang masih hendak meninggi diri dengan prestasi yang tak seberapa Fatin. Sedangkan dahulu, dia juga pernah merendah- rendah Dania yang memasuki IPTS. Zaimah berkata dia dalam hati, Tuhan itu maha adil Fatimah kau masih lagi nak menafikan hakikat yang diberi oleh-Nya..
bersambung..

Tuesday, November 23, 2010
Ibu yang hobinya menipu Part 2
Cerita yang kedua
Zaimah hanya berdiam diam diri dan mengiyakan saja apa yang disampaikan oleh Fatimah. Fatimah seolah2 tidak berasa malu terhadap Zaimah dan terus berbohong. Zaimah berharap agar satu hari nanti, pembohongan Fatimah akan terbongkar dan pada waktu itu, barulah dia tahu langit itu tinggi atau rendah.
Anak Fatimah yang lain iaitu Fatin bakal menghadapi SPM dan Fatin adalah pelajar jurusan sains hayat. Kali ini, Fatimah tidak terlalu membanggakan anaknya Fatin kerana dia tahu pretasi Fatin tidaklah sehebat Faris abangnya. Walaubagaimanapun, Fatimah terus berbohong kepada rakan- rakannya terutama sekali Zaimah kerana, pada pendapatnya, anak- anak Zaimah tidak setanding anak- anaknya.
Masa berlalu, Dayana anak kepada Zaimah berjaya menamatkan pelajarannya di Maktrikulasi dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaimah dan suaminya sangat gembira tetapi kegembiraan itu tidaklah ditunjukkan sangat oleh Zaimah dan suami kepada rakan- rakan mereka. Kali ini, Zaimah berkata kepada suaminya, " abang, saya nak tengok macam mana reaksi Fatimah bila Dapat Tahu yang Dayana pun dapat masuk IPTA. Tiap- tiap hari bingit telinga saya abang bila dia bercerita pasal Tanggungan Faris di Universiti." Suaminya pun berkata, " biarkanlah sayang, orang lain pun ada anak jugak, anak orang lain pun ada juga anak yang cemerlang tapi kecoh pun macam dia. Sabarlah, Tuhan itu maha adil, kalau betul dia tipu kita, suatu hari nanti pasti akan terbongkar jugak."
Fatimah mengetahui yang Dayana dapat melanjutkan menyambung pelajarannya ke IPTA seperti Faris, dia sedar yang lama kelamaan Zaimah pasti akan mengetahui penipuannya tetapi dia masih lagi buat seperti tidak apa yang berlaku.
"Fatimah, Alhamdullillah sangat Dayana dapat masuk IPTA, sekurang- kurangnya ringan la cikit beban aku dan suami. Sebab kalau dah meyambung pelajaran dalam institusi kerajaan ini, kita ibu bapa tak payah la nak khuatir sangat tentang duit tanggungan mereka, banyak bantuan pelajaran disediakan." perli Zaimah kepada Fatimah.
Fatimah cuba mengubah topik dengan bertanyakan tentang Dania. " Dania macam mana sekarang, belajar okey?"
"Belajar apa yang okeynya Fatimah, Alhamdulillah la, banyak peningkatan Dania, dia cuba nak komited dalam pelajarannya cuma perbelanjaan pengajian itu yang agak mahal cikit." Bidas Zaimah.
Fatimah yang berasa seolah- olah dirinya diperli oleh Zaimah cuba melarikan diri, " okey la Zaimah, aku nak balik masak nie, dah dekat tengahari dah nie, nanti laki aku balik, bising pulak dia." Tersenyum Zaimah mengiyakan Fatimah.
bersambung....

Ibu yang hobinya menipu Part 1
Al kisah tersebut la satu cerita yang agak menarik bagi aku... sebenarnya cerita ni dah lama aku simpan di lubuk hati aku yang suci ini (kunun) tapi tetiba ia di update dengan satu kisah yang baru, So aku akan ceritakan di sini.
Cerita yang pertama
Fatimah merupakan seorang ibu kepada 8 orang anak (fuyoo)..
Cerita dimulakan apabila salah seorang anak Fatimah memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam PMR. Semenjak detik dan saat itu, Fatimah mula menunjukkan perasaan bangga yang konon- kononnya anak dia seorang sahaja yang boleh cemerlang. Tetapi pada hakikatnya, anak Fatimah sememangnya seorang yang bijak. Fatimah terus memuji anak emasnya itu kepada kawan- kawannya. Salah seorang kawannya Zaimah juga mempunyai anak yang sebaya dengan anak Fatimah, tetapi anak Zaimah tidaklah cemerlang seperti anak Fatimah.
Setelah keputusan SPM keluar, ternyata anak Fatimah memperolehi keputusan yang cemerlang, Fatimah sangat yakin dengan kebolehan anaknya sehinggakan apabila anaknya pulang ke rumah, Fatimah terus menuju ke luar rumah dan dengan lantangnya bertanya kepada anaknya itu " Anak mak dapat berapa A?" dengan niat agar jiran- jiran sekeliling dapat mengetahui bahawa anaknya itu beroleh keputusan yang cemerlang.
Beralih kepada anak sahabatnya Zaimah, keputusan SPM anak Zaimah tidak begitu menyerlah seperti anak Fatimah, tetapi Zaimah tidak kecewa kerana anaknya telah berusaha bersungguh- sungguh. tidak di nafikan bahawa ada perasaan cemburu Zaimah terhadap Fatimah, tetapi dia tetap bersyukur kerana itu dah sememangnya takdir dari Illahi.
Fatimah mula bercerita tentang keputusan cemerlang anaknya kepada jiran- jiran dan kawan- kawannya, Alhamdullilah, anak Fatimah berjaya mendapat tempat untuk meneruskan pengajiannya di Maktrikulasi dan Fatimah sangat gembira. Anak Zaimah pula sekadar Meneruskan pengajiannya di Universiti swasta. Biarpun menelan belanja yang mahal, Zaimah dan suami tidak kisah, asalkan anaknya mahu belajar.
Tiap- tiap kali berborak bersama rakan- rakannya, Fatimah akan menceritakan tentang keadaan anaknya di sana. "Zaimah, Noriah sejak Faris masuk Matriks nie, semua duit aku habis dekat perbelanjaan dia. Tiap- tiap minggu aku kena Bank in 100/200 ringgit dekat dia. Dok kat Matriks ini pakai duit banyak la." Zaimah hanya berdiam diri dan mengiyakan apa sahaja yang di ceritakan oleh Fatimah kerana dia berasa rendah diri dengan keboleh Faris anak Fatimah. Walhal, tanggungan Zaimah lagilah berat, Dania yang berada di kolej swasta memerlukan duit yang banyak dek kerana bayaran yuran dan kos sara hidup yang tinggi. Di samping itu, 3 anak Zaimah yang lain masih lagi bersekolah dan memerlukan belanja harian.
Setahun selepas itu, anak Fatimah berjaya menamatkan pelajarannya dan menyambung pelajaran di Universiti Tempatan. Anak kedua Zaimah selesai menghadapi SPM dan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Dayana anak kedua anak kemudiannya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke kolej Matrikulasi di mana Faris anak Fatimah ditempatkan dulu. Zaimah sangat risau kerana dia memikirkan faktor kewangannya dan suami. Adakah ia akan mencukupi untuk menyara Dania di universiti,Dayana di matrik dan 2 lagi anaknya yang masih bersekolah. Fikirannya runsing dek kerana terbaur- baur fikirannya memikirkan kata- kata Fatimah tentang kos tanggungan Faris di Matriks yang mahal.
Tetapi Zaimah tidak menghalang anaknya mengejar cita- cita. selagi dia dan suami boleh berkerja, selagi itu dia akan berkerja. Fatimah mula menjauhkan diri daripada Zaimah selepas itu kerana pada hakikatnya, sewaktu Faris berada di Matriks dahulu, Fatimah tidakpun menghabiskan duit yang banyak untuk menampung kos hidup Faris di sana kerana pihak Matriks membekalkan elaun kepada setiap penuntutnya.
Sebolehnya Fatimah tidak mahu berjumpa Zaimah kerana takut diungkitkan Zaimah yang perbelanjaan Dayana tidaklah semahal seperti yang pernah di war- war Fatimah dulu. Di samping itu, Fatimah terus mengagungkan anaknya Faris kepada kawan- kawan yang lain dengan mengatakan bahawa Faris yang kini menetap di IPTA cemerlang dan Fatimah menghabiskan 500 ringgit sebulan untuk Faris menanggung kos hidupnya.
Sementara itu, Zaimah yang tahu pembohongan Fatimah terus mendiamkan diri kerana tiadak mahu mencetus pergaduhan. Lama kelamaan Fatimah kembali berbaik dengan Zaimah, tetapi Fatimah masih lagi tidak serik dengan pembohongannya dan terus bercerita tentang perbelanjaannya kepada Faris sebanyak 500 sebulan.
Bersambung.......

Thursday, October 21, 2010
Cita-Cita, Paksaan & Harapan part 2
Hati sedih sangat kot..makna tak nya baru ja nak rase apa itu erti "freedom". mula- mula memang ingat tak pergi la maktab. tapi malam dalam tau result tuh berpusu- pusu call masuk. Abah call, Pak long, angah semuanya suruh masuk maktab..huh.. waktu tuh memang confius sangat.. nak pergi ke x nak.. tapi just pikir pergi je la.
Keesokan harinya pagi2 lagi aku ngan kerol terus ke MBKT nak beli tiket bas sebab malam tuh jugak nak kena balik S.P. yela dapat tau hari jumaat nak kena daftar maktab hari isnin..Rushing la aku.. Seharian meniti saat- saat akhir aku di UDM banyak yang perlu aku buat.. firstly, bagitaw kat Teslian yang aku nak pergi.. pastu bgitaw geng pompuan yang rapat ngan aku and lastly bgaitaw kt housemate lama aku... sedih sangat bila tengok reaksi dieorang. yela kami baru ja kenal baru ja nak rapat dah kena berpisah. sebelum balik dieorang cakap nak celebrate aku dulu then baru antar aku ke MBKT. well teruja sangat malam tuh best giler bila makan ramai2..

gambar blur ckit ar enset koman..
Abis makan dalam koi 8 pergi sembahyang dan terus ke MBKT... sedih sangat waktu nie, bila la nak jumpa dieorang balik..
Korang memang best sangat2
Lepas hari tuh bermula la perjalanan aku sebagai budak maktab.. bila sampai kat Maktab Perlis. 1 expression aku memang sangat negetif kat maktab nie. yela kehidupan aku lepas sekolah start dgn Perkara yang paling enjoy bila dapat join dengan teslian..tapi just for a short time...
Dulu aku ingat yang aku berada dimaktab disebabkan paksaan..tapi sekarang nie aku faham disebabkan paksaanlah aku berada ditempat yang bukan semua orang dapat masuk...seronok dan enjoy giler dapat masuk course nie.. yela teknikal aku belajar dapat belajar semua cuma yang lecehnya ada subjek mengira la pulak..dah aku kurang sikit bab2 nie..aduh!!!! tapi tak pe itu cabaran dan dugaan..(ceh kununnye la)
Pernah dulu abah ugut aku yang takkan support aku dah sebab aku wat keputusan nak keluar maktab..tapi aku tak sampai hati dan sekarang baru aku faham dan aku pikir kalau keluar jugak dulu memang aku akan menyesal sekarang.
Cita- cita aku untuk jadi engineer sudah jauh ditinggalkan dek kerana peluang yang tak pernah muncul, dan kerana paksaanlah aku dapat berada di tempat yang bukan semua orang dapat. kerana paksaan jugalah aku tak perlu nak menyusahkan abah & umie untuk bank in duit tiap2 bulan(kadang 2 kena jugak)
Apa pulak harapan aku!!!!!
nanti pulak aku story kan..
aku cawcinncaww dulu..
bye...
Subscribe to:
Posts (Atom)