Wednesday, December 8, 2010

Ibu yang hobinya menipu Part 5

Suami Noriah tertawa melihat isterinya yang ditipu Fatimah. "Awak ni pun satu, dulu saya sudah pesankan, kerap sikit baca paper tuh, bila orang tipu awak taklah awak iyakan saja", kata suami Noriah.

Noriah sudah hilang kepercayaan kepada Fatimah, tetapi di atas dasar persahabatan, dia terus berkawan dengan Fatimah. Zaimah juga begitu, tiap kali Fatimah menceritakan hal-hal anaknya kepada Zaimah dan Noriah, Noriah dan Zaimah mula menunjukkan reaksi yang negetif. Tetapi Fatimah yang seperti tidak perasaan malu terus bercerita tentang anaknya itu tiap-tiap kali mereka bersembang.

Fatin telah menyambung pelajarannya ke Kolej Kejururawatan seperti yang diinginkan oleh Fatimah, Fatimah dengan bangganya bercerita kepada Noriah dan Zaimah yang pengambilan jururawat sekarang bukan senang. Fatin sebenarnya tergolong dalam kalangan orang yang bertuah. " Fatin kalau dah habis belajar nanti senang, tak payah nak sibuk-sibuk pergi cari kerja, dah comfirm dapat kerja, seronok sangat aku", kata Fatimah.

Noriah yang tidak tahan dengan perangai Fatimah yang selalu membanggakan anaknya terus membidas. " Fatimah, aku bukan apa la, cuma nak cakap sikit, aku pun ada anak tapi entahlah rasa malas sangat nak cerita pasal aku, baru-baru ni aku pergi  sain buku rekod dia , Alhamdullillah syukur, tiap- tiap kali periksa, dia dapat A semua subjek. Itulah aku harap-harap nanti dia dapat sambung belajar dekat luar negara boleh la lepas hari aku bercerita pasal anak aku pula. Kkesian dekat kau Fatimah, tiap-tiap hari mesti penat nak bercerita pasal anak kau kami ni. Hah, lagi satu aku nak bagitau dekat kau Fatimah, zaman sekarang ni payah sangat nak dapat kerja. Graduan IPTA yang cemerlang pun belum tentu dapat kerja lagi, ku tak tahu kalau yang swasta macam mana pula"?

Zaimah terkedu mendengar Noriah yang berani berkata begitu, lantas memandang Fatimah untuk melihat reaksinya apabila mendengar apa yang dibebelkan oleh Noriah. Fatimah tersentak tetapi cuba untuk mengawal keadaan dengan cuba mengukir senyuman walaupun dia tahu yang Noriah cuba memerlinya.
keadaan menjadi sedikit tegang selepas mendengar percakapan Noriah yang terang-terangan memerli Fatimah. Selepas Fatimah beredar, Noriah tertawa lantas berkata kepada Zaimah " puas hati aku, hah kau nak tipu kawan-kawan kau lagi, dulu boleh la cik Fatimah sekarang kau jangan haraplah". "

"Wow Noriah, dari mana kau belajar ni, aku rasa kesian pula tengok Fatimah tadi, tapi aku suka apa yang kau cakapkan tadi". gelak Zaimah.

Noriah kemudiannya bercerita kepada suaminya tentang peristiwa itu, lantas suaminya tertawa. 'sayang ni jahat betul la". Biarlah baru dia tahu siapa Noriah yang sebenar, Zaimah bolehlah nak dengar apa yang dia nak tipu dengan dengan Noriah? jangan main-main noh". Jawab Noriah.

bersambung...

2 comments:

Aweyn said...

berbakat jd penulis novel neh.. haha
eh sorry la btw..ak x ikut sgt cite ko ni...
nnti ak jejak kasih smula episod yg ak lepas ea :)

DaNieL said...

haha..
aku sja2 tulis ja..
x da bakat pon,
tatabhasa tunggang langgang...
hohoho..
btw thx..