Wednesday, December 8, 2010

Ibu yang hobinya menipu Part 6

Peristiwa tentang Fatin semakin hari semakin suram. Fatimah masih lagi dengan perangainya yang dulu, dia masih lagi bercerita tentang anak-anaknya. tetapi tumpuannya sekarang beralih kepada Zaimah, Zaimah hanya mendengar apa yang diceritakan Fatimah dan kemudian menyampaikan pula kepada Noriah.

Apabila Noriah berada sekali dalam perbualan mereka, Fatimah tidak mahu bercerita tentang anak-anaknya. Noriah hanya mendengar cerita- cerita anak Fatimah daripada Zaimah sahaja "Zaimah apa cerita yang terbaru? Almaklumlah aku sekarang dah terkeluar dari target list dia", tanya Noriah.

"Hah pandailah kau, aku ni yang berasap telinga tiap-tiap hari duk dengar dia tipu aku", jawab Zaimah.
"Ala kau stay la dengar, jangan membantah, si Fatimah tu banyak lagi idea nak tipu kau tau. Lepas dia cerita dekat kau, kau cerita pula dekat aku. Barulah ada topic kita nak bersembang, tak gitu Zaimah?" kata Noriah dalam keadaan bergurau.

Zaimah pun ceritalah kepada Noriah yang baru- baru ni Fatimah ada bercerita tentang anaknya Fazura iaitu adik kepada Fatin yang baru selesai menduduki SPM. Noriah mula mengagak yang kali ini mesti akan menarik lagi.
"Hah apa yang dia cerita dekat kau?"
"Iskh kau ni Noriah sabar-sabar la, aku nak ceritalah ni" jawab Zaimah.

Macam ni dia cerita dekat aku "Zaimah kau tau tak Fazura cerita dekat aku yang soalan SPM baru-baru ni keluar soalan yang cikgu ajar pun. Dia buka buku balik tengok-tengok soalan yang keluar tuh soalan soalan tingkatan 6. Apa yang cikgu ajar tak keluar dalam periksa pun, kesian aku tengok dekat Fazura, menangis-ngangis dia cerita dekat aku ".

Noriah terus tertawa sehingga menitiskan airmata mendengar cerita Zaimah. "Fatimah oh Fatimah, kalau kalau kau nak tipu sekalipun janganlah terang-terang sangat, kau ni Zaimah macam mana kau boleh tahan dengar cerita ia tuh. Kalau aku dekat tempat kau, mahu terkencing dengar cerita tak logik dia tu'. gelak Noriah.

"Hah itulah, aku ni dah sampai tak tahan sangat nak tergelak tapi aku simpan dulu, balik rumah ja Ya Allah, Tuhan saja yang tahu macam mana aku gelak. Sampai suami aku ingat aku dah kena sampuk la kan" jawab Zaimah.

bersambung...

1 comment:

Syafiq A. Ghani said...

sodap2. eden suko bebeno part 6 nih. tebaek!