Tuesday, November 23, 2010

Ibu yang hobinya menipu Part 1

Al kisah tersebut la satu cerita yang agak menarik bagi aku... sebenarnya cerita ni dah lama aku simpan di lubuk hati aku yang suci ini (kunun) tapi tetiba ia di update dengan satu kisah yang baru, So aku akan ceritakan di sini.

Cerita yang pertama

Fatimah merupakan seorang ibu kepada 8 orang anak (fuyoo)..
Cerita dimulakan apabila salah seorang anak Fatimah memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam PMR. Semenjak detik dan saat itu, Fatimah mula menunjukkan perasaan bangga yang konon- kononnya anak dia seorang sahaja yang boleh cemerlang. Tetapi pada hakikatnya, anak Fatimah sememangnya seorang yang bijak. Fatimah terus memuji anak emasnya itu kepada kawan- kawannya. Salah seorang kawannya Zaimah juga mempunyai anak yang sebaya dengan anak Fatimah, tetapi anak Zaimah tidaklah cemerlang seperti anak Fatimah.

Setelah keputusan SPM keluar, ternyata anak Fatimah memperolehi keputusan yang cemerlang, Fatimah sangat yakin dengan kebolehan anaknya sehinggakan apabila anaknya pulang ke rumah, Fatimah terus menuju ke luar rumah dan dengan lantangnya bertanya kepada anaknya itu " Anak mak dapat berapa A?" dengan niat agar jiran- jiran sekeliling dapat mengetahui bahawa anaknya itu beroleh keputusan yang cemerlang.

Beralih kepada anak sahabatnya Zaimah, keputusan SPM anak Zaimah tidak begitu menyerlah seperti anak Fatimah, tetapi Zaimah tidak kecewa kerana anaknya telah berusaha bersungguh- sungguh. tidak di nafikan bahawa ada perasaan cemburu Zaimah terhadap Fatimah, tetapi dia tetap bersyukur kerana itu dah sememangnya takdir dari Illahi.

Fatimah mula bercerita tentang keputusan cemerlang anaknya kepada jiran- jiran dan kawan- kawannya, Alhamdullilah, anak Fatimah berjaya mendapat tempat untuk meneruskan pengajiannya di Maktrikulasi dan Fatimah sangat gembira. Anak Zaimah pula sekadar Meneruskan pengajiannya di Universiti swasta. Biarpun menelan belanja yang mahal, Zaimah dan suami tidak kisah, asalkan anaknya mahu belajar.

Tiap- tiap kali berborak bersama rakan- rakannya, Fatimah akan menceritakan tentang keadaan anaknya di sana. "Zaimah, Noriah sejak Faris masuk Matriks nie, semua duit aku habis dekat perbelanjaan dia. Tiap- tiap minggu aku kena Bank in 100/200 ringgit dekat dia. Dok kat Matriks ini pakai duit banyak la." Zaimah hanya berdiam diri dan mengiyakan apa sahaja yang di ceritakan oleh Fatimah kerana dia berasa rendah diri dengan keboleh Faris anak Fatimah. Walhal, tanggungan Zaimah lagilah berat, Dania yang berada di kolej swasta memerlukan duit yang banyak dek kerana bayaran yuran dan kos sara hidup yang tinggi. Di samping itu, 3 anak Zaimah yang lain masih lagi bersekolah dan memerlukan belanja harian.

Setahun selepas itu, anak Fatimah berjaya menamatkan pelajarannya dan menyambung pelajaran di Universiti Tempatan. Anak kedua Zaimah selesai menghadapi SPM dan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Dayana anak kedua anak kemudiannya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke kolej Matrikulasi di mana Faris anak Fatimah ditempatkan dulu. Zaimah sangat risau kerana dia memikirkan faktor kewangannya dan suami. Adakah ia akan mencukupi untuk menyara Dania di universiti,Dayana di matrik dan 2 lagi anaknya yang masih bersekolah. Fikirannya runsing dek kerana terbaur- baur fikirannya memikirkan kata- kata Fatimah tentang kos tanggungan Faris di Matriks yang mahal.

Tetapi Zaimah tidak menghalang anaknya mengejar cita- cita. selagi dia dan suami boleh berkerja, selagi itu dia akan berkerja. Fatimah mula menjauhkan diri daripada Zaimah selepas itu kerana pada hakikatnya, sewaktu Faris berada di Matriks dahulu, Fatimah tidakpun menghabiskan duit yang banyak untuk menampung kos hidup Faris di sana kerana pihak Matriks membekalkan elaun kepada setiap penuntutnya.

Sebolehnya Fatimah tidak mahu berjumpa Zaimah kerana takut diungkitkan Zaimah yang perbelanjaan Dayana tidaklah semahal seperti yang pernah di war- war Fatimah dulu. Di samping itu, Fatimah terus mengagungkan anaknya Faris kepada kawan- kawan yang lain dengan mengatakan bahawa Faris yang kini menetap di IPTA cemerlang dan Fatimah menghabiskan 500 ringgit sebulan untuk Faris menanggung kos hidupnya.

Sementara itu, Zaimah yang tahu pembohongan Fatimah terus mendiamkan diri kerana tiadak mahu mencetus pergaduhan. Lama kelamaan Fatimah kembali berbaik dengan Zaimah, tetapi Fatimah masih lagi tidak serik dengan pembohongannya dan terus bercerita tentang perbelanjaannya kepada Faris sebanyak 500 sebulan.

Bersambung.......

No comments: