saje possing cikit..topi nie SIr beli kt TEXAS |
Subjek : BAHASA MELAYU 1
Tajuk : sistem ejaan rumi
Okey anak murid yang disayangi.. memandangkan exam sudah dekat(esok) cikgu akan buat pecutan dalam pembelajaran kita okey..
PENULISAN HURUF VOKAL
macam biasalah pelajar2 sekelian.. huruf vokal terdiri daripada vokal a, e,i,o dan u...
e pula melambangkan dua fonem, e pepet dan e taling..
PENULISAN HURUF KONSONAN
ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf..
semua huruf kecuali huruf vokal ada 21= b,c,d,f,g,bla bla bla...( x & z diketegorikan sebagai satu fonem walaupun berlainan huruf)
huruf konsonan ini juga termasuk dengan huruf digraf yang terdiri daripada 5 huruf iaitu, kh, gh, ng, ny,sy..
jadi jadi kalau kita tambah semua huruf tersebut maka jadilah 26 huruf yang melambangkan huruf konsonan..
EJAAN RUMI LAMA YANG DIBAHARUKAN
ch = c chuci = cuci
dh = d dharab = darab
dz = z dzalim = zalim
sh = sy sharat = syarat
th = s mithal = misal
adalah sesetengah ejaan yang mempunyai ' diatas huruf ditukar atau dibuang contohnya:
'alam = alam
dibuang
ra'i = rai
ma'na = makna
di tambah huruf k
ra'yat = rakyat
PENULISAN DIGRAF
kh = khusus. akhbar, tarikh
gh = ghaib, maghrib, mubaligh
ng = nganga, hangat, kampung
ny = nyala, hanyut
sy = syarat, masyarakat, Quraisy
PENULISAN DIFTONG
ai= aising, ghairah, landai
au = aurat, saudara, harimau
oi = oidium, boikot, kaloi
POLA SUKU KATA
ada banyak ya murid2..so dimintak refer sendiri buku.. yang ini tak la payah sangat...
SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL
terdapat 18 belas pola semuanya..
tak payah nak explain panjang2..sape yang tahu cara menggunakan graf nie secara automatiknya die akan mengetahui 18 pola tersebut..
boleh refer dekat blog kawan Sir cikgu olie.. klik di sini
EJAAN PINJAMAN
seterusnya ejaan kata pinjaman, yang ini tak payah la Sir nak jelaskan panjang lebar sebab memang dah universal anak muridku sekalian
okey Sir bagi beberapa ejaan pinjaman yang telah diserapkan menjadi ejaan melayu contoh untuk revision korang semua
carbon = karbon
quality = kualiti
rhythm = rima
scooter = skuter
ini adalah beberapa contoh yang dapat Sir berikan untuk murid2 sekalian..
tidak banyak perbezaan bunyi tapi banyak huruf yang ditukar.. macam2 lagi la perkataan yang diserapkan di dalam bahasa melayu ini murid murid2 sekalian.. ada perkataan inggeris, arab, sanskrit, belanda, portugal dan macam2 lain.. mungkin kita tak dapat nak kenal pasti perkataan itu kerana dia telah sebati dengan penggunaan bahasa harian kita..
itulah saja ilmu yang dapat Sir kongsikan pada pagi nie.. Sir harap korang semua dapat menjawab soalan dengan jayanya..
bahagian esei pulak kawan Sir, cikgu Olie telah Siapkan formatnya.. boleh la korang melawat di blognya okey.. nie linknya klik di sini
bye..adiyoss..
No comments:
Post a Comment