Monday, November 29, 2010

Ibu yang hobinya menipu Part 3

Masa yang ditunggu- tunggu telah tiba, Fatimah berasa risau dan resah menunggu kepulangan Fatin dari sekolah. Kali ini, Fatimah tidak berasa yakin yang Fatin akan memperoleh keputusan yang cemerlang seperti abangnya Faris. Lantaran itu, Fatimah hanya menunggu di dalam rumah. Setibanya Fatin dirumah, Fatimah terus memanggil Fatin masuk kedalam rumah dan terus menutup pintu rumahnya, takut -takut jiran- jiran lain datang bertanyakan keputusan Fatin.

Sangkaan Fatimah memang tepat, Fatin gagal mengembirakan Fatimah seperti abangnya Faris, Fatimah berasa kecewa dengan keputusan Fatin tetapi tidak memarahi Fatin sebaliknya dia sedang mengatur langkah untuk menipu jiran- jirannya.

Selepas peristiwa itu, Fatimah mendiamkan diri di dalam rumah. Zaimah dan rakan- rakan yang lain perasan yang Fatimah sudah beberapa hari menyepi, lantas memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. "Noriah. kau ada nampak Fatimah tak, sudah dekat 3 hari aku tak nampak dia?",Tanya Zaimah kepada Noriah.
"Ala Zaimah, kau bukan tak tahu perangai Fatimah tu, kan baru-baru ni keputusan SPM keluar, mesti keputusan Fatin tak baik la tu, itu yang dia menyepi saja, cuba keputusan Fatin baik macam abang dia, tak cukup kaki dia nak pergi bercerita tentang anak dia. Dah masak sangat aku ni dengan perangai Fatimah tuh".
jelas Noriah.

Selang beberapa hari barulah Fatimah keluar dan bergaul dengan rakan- rakannya, lantas Noriah bertanyakan Fatimah " Timah, Fatin dapat berapa A, amboi menyepi ja, bukan nak bagitaw kami", bidas Noriah,
"Nor aku tak berapa sihat sikit sebelum nie, Ala Fatin macam biasalah tak menghampakan aku pon, bukan senang nak dapat keputusan elok kan, tambah- tambah Fatin ni pula ambil jurusan sains, tak macam anak Zaimah dulu, memanglah senang nak score sebab ambil jurusan akaun, mudahlah sikit", jawab Fatimah.

Zaimah yang berada di situ hanya berdiam saja walhal di dalam hatinya mengatakan yang Fatimah tak patut membandingkan sedemikian rupa. Noriah hanya mengiyakan saja apa yang dicakapkan oleh Fatimah. Setelah Fatimah pulang lantas Noriah menegur Zaimah, "kenapa kau diam saja waktu dia cakap macam itu dekat anak kau, kalau aku dah lama aku melenting. Ada ka patut dia nak bandingkan anak- anak kita".
Sudahlah Noriah, anak malas nak betengkar dengan dia, biarlah asalkan dia bahagia dengan cara. Kalau betul cara dia tu, takda siapa yang sakit hati,  tapi kalau salah cara dia tuh, biarlah dia yang tanggung", jelas Zaimah.

Selang beberapa bulan, Fatin masih belum ditawarkan kemana- mana institusi. Fatimah mula berasa risau takut-takut rakan-rakannya bertanya kerana kemasukkan ke IPTA telah berlalu. Jadi dia mula mengatur perancang untuk memberitahu rakan- rakannya.

Kali ini Fatimah menjelaskan kepada Zaimah dan Noriah untuk memasukkan Fatin ke kolej kejururawatan swasta. Kali ini, Fatimah dengan alasan yang dia lebih percayakan IPTS dari IPTA, biarpun memerlukan belanja yang besar, dia tak kisah asalkan Fatin mendapatkan temapt yang terbaik untuk meneruskan pembelajaran.

Zaimah dan Noriah hanya mampu tersenyum di dalam hati melihat gelagat Fatimah yang masih hendak meninggi diri dengan prestasi yang tak seberapa Fatin. Sedangkan dahulu, dia juga pernah merendah- rendah Dania yang memasuki IPTS. Zaimah berkata dia dalam hati, Tuhan itu maha adil Fatimah kau masih lagi nak menafikan hakikat yang diberi oleh-Nya..

bersambung..

No comments: