Sebulan telah berlalu, selama itu jugalah Fatimah gelisah menanti keputusan temuduga Fazura. Dia sangat berharap dan sangat menginginkan Fazura untuk menjadi seorang guru.
Masa yang dinantikan telah tiba, keputusan temuduga telah pun keluar dan malangnya Fazura tidak layak untuk mengikuti kursus keguruan tersebut. Fatimah sangat kecewa mendengar khabar berita itu dan juga dia buntu memikirkan cara bagaimana untuk menjelaskan kepada kawan-kawannya apabila mereka bertanya kelak.
'Sudah pasti Noriah dan Zaimah akan menjadi orang pertama yang bertanya,' bisik hati Fatimah.
Dari hari itu, Fatimah cuba mengelak daripada bertemu dengan Noriah dan Zaimah dek kerana takut untuk berdepan dengan soalan mereka.
Tetapi Noriah dan Zaimah tidak berdiam begitu saja kerana mereka tahu yang keputusan temuduga Institut Perguruan telahpun keluar tetapi mereka merasa hairan kerana Fatimah tidakpun bercerita kepada mereka.
"Zaimah, kau perasan tak semenjak dua menjak ni Fatimah cuba mengelak dari kita?"
"Kau ni macam tak biasa pula dengan perangai Fatimah tu, ni mesti si Fazura tu tak dapat maktab la. Kalau dah dapat tawaran tu mahu dia kecoh satu taman ni," bidas Zaimah.
"hah betul la, terlupa pula aku pasal keputusan temuduga tu, Zaimah, aku tak kira kali ni aku nak tahu juga apa alasan dia," tegas Noriah.
Seminggu selepas itu, Fatimah berani untuk bersemuka dengan Noriah dan Zaimah. Dia berharap agar Noriah dan Zaimah terlupa akan perkara tersebut dan dia sendiri tidak akan mengingat mereka. Tapi Fatimah silap kerana Noriah sentiasa mencari peluang untuk mengenakan Fatimah.
Keesokan harinya, mereka bertemu di pasar sewaktu hendak membeli ikan. Lantas Noriah cuba untuk menyapa Fatimah.
"Hai Fatimah, lama tak nampak?'
"Eh Noriah, Zaimah, aku tak berapa sihat sikit semenjak dua menjak ni. Sekarang ni barulah rasa segar sikit
itu yang aku datang pasar ni, tidak ke suami aku la tolong belikan."
"Oh macam tu rupanya, aku ingatkan kau sengaja nak mengelak daripada kita orang, tak begitu Noriah," bidas Zaimah.
"A 'ah la Zaimah, apa gunanya kawan kalau sakit tak nak bagitahu," tambah Noriah.
Fatimah terkebil-kebil mendengar apa yang dirungutkan oleh Noriah dan Zaimah, dia hanya berdiam diri kerana tidak tahu apa yang nak di suarakan.
"Hah Fatimah, dah dua minggu aku nak tanya kau tapi yela tak nampak-nampak kau pun, macam mana keputusan temuduga Fazura. Boleh ke jadi Cikgu?" soal Noriah sambil menjeling ke arah Zaimah.
Fatimah terkedu mendengar pertanyaan Noriah dan tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan itu, tetapi dia tidak mahu diperbodohkan terus oleh kedua- dua kawannya itu dan lantas menjawab.
"Oh pasal itu ke, aku memang nak bagi tahupun tapi belum berkesempatan, yela sebelum nie aku sakit.
Pasal temuduga itu, bukan senang-senang ja nak dapat Noriah, walaupun keputusan cemerlang tak semestinya akan terus dapat. Fazura takda rezeki, dia gagal temuduga. Tapi waktu temuduga harituh, diaorang ni check macam2. Cara berpakaian, cara berjalan. Muka ni kena bubuh make up jugak, kalau tidak memang kena reject awal2 lagi la," jelas Fatimah.
"Yela cik Fatimah oi!" jawab Noriah dengan nada yang memerli.
Noriah dan Zaimah sikitpun tidak percaya akan apa yang diceritakan oleh Fatimah tadi dan menganggapnya sebagai satu alasan yang tidak masuk akal.
besambung...
No comments:
Post a Comment