Monday, May 16, 2011

My Cikgu Forever!!!

Whassup everyone!!!!

16 MEI !!!!!!
bermula dari tanggal 16 mei tahun ini sehingga  16 mei seterusnya...
ia akan menjadi satu hari yang bermakna dalam hidup aku!!!

Satu hari dimana aku diberi penghargaan di dalam pekerjaan yang dilakukan!!!
Satu hari dimana aku akan merasa nikmat di atas segala usaha mencari ilmu yang
telah aku tempuhi...

Erm!!! untuk entry kali ni aku nak perkenalkan 2 orang guru yang telah bersusah payah
mencorakkan kehidupan aku sehingga aku boleh berdiri dengan bangganya
menjulang nama mereka!!

Merekalah yang mengajar aku tentang erti kehidupan dunia,
daripada saat aku dilahirkan sehinggalah  sekarang..
mereka tak pernah jemu sentiasa berusaha untuk mendidik aku..

Dari saat aku tidak pandai untuk berjalan sehingga boleh berlari
Dari saat aku hanya boleh menyebut perkataan A,B,C
sehingga aku fasih untuk menyusun ayat
Dari saat aku tidak pandai untuk menyikat rambut sendiri sehingga
aku pandai untuk menggayakan rambut sendiri
Dari saat aku tidak tahu menyuap makanan sendiri
sehingga aku pandai untuk menyuap sendiri

Mereka juga  bukan sahaja mengajar dan mendidik aku
malahan sanggup membanting tulang mencari rezeki untuk menyara aku
memastikan aku mendapat pendidikan,
memastikan aku mendapat pengetahuan,
memastikan aku mendapat kejayaan..

Sejak dari 09 12 1991,
sejak dari hari itu, saat itu, detik itu, mereka telah berkorban demi aku
sehingga hari ini!!!
penat lelah mereka tak mampu aku balas dengan kata-kata terima kasih
dengan itu orang yang aku maksudkan ialah

CIKGU ISMAIL ABD HAMID
dan
CIKGU ZALIHA MAT ISA

terima kasih kerana menjadi guru mendidik alang untuk mengenal dunia

jadi mereka pun patut merasai nikmat HARI GURU
walaupun pada hakikatnya mereka bukan guru yang sebenar!!!




SELAMAT HARI GURU BUAT INSAN YANG PENTING DALAM HIDUP SAYA!!!

No comments: