Tadi aku dengan my parents tengok cerita salam baitulah di Rtm 1.
yela sekarang ni kan musim haji, jadi tiap malam tepat pukul 9 wajib buka tv1
Masa duk kusyuk tengok salam baitullah ni, nak di jadikan cerita, rtm1 tunjuk satu story di mana hajat seorang hamba Allah ini tercapai iaitu untuk bawa kedua-dua orang tuanya menunaikan haji.. memang terpancarlah sinar kegembiraan diraut wajah orang tuanya.
Then, my dad said to me, Alang, abah dah capai cita2 abah, pastu aku pon bertanyalah abah kesayangan aku ni. apa dia abah? abah dah tunaikan cita2 abah dulu, dulu abah berazam nak support arwah tok untuk pergi Mekah. alhamdullillah cita2 abah tercapai alang, abah dah tunaikan tanggungjawab abah...
Ya Allah perasaan aku waktu itu bila tengok wajah abah memang abah tersenyum tapi aku tahu jauh di sudut hati abah memang teringin nak ke sana. Cuma belum ada rezeki lagi. InsyaAllah abah, kali tugas alang pulak untuk mengembirakan abah sebagaimana abah mengembirakan arwah tok dulu. InsyaAllah abah ini janji alang..
No comments:
Post a Comment