Tuesday, November 30, 2010

Pimples Contract

Huhhhhh!!!!...
payah la kalau dah ber"CONTRACT" dengan jerawat ni
cukup masa kena laburkan duit untuk treatment..
ahhhhh duit duit....
ingat duit tuh daun ka....


actually muka aku sekarang dah okey
cuma tinggal kawah-kawah taklukan jururawat ni ja..
dulu muka aku memang teruk sangat..
aku sampai malu nak tengok muka sendiri..
each time tengok cermin ja..
kecewa dengan muka sendiri
gambar nie time jerawat takda tapi kawahnya jelas terserlah

dulu macam-macam produk aku cuba, 
dari yang moden sampailah yang traditional
muka aku tetap macam tuh..
cepat berminyak
kena panas sikit terus burn,
jerawat tumbuh rapidly

sampailah masa aku dah tak tahan sangat
so aku pon pergi la buat treatment
tak la mahal sangat treatment ni
at first kesan dia x nampak sangat
tapi hanya Tuhan saja yang tahu siksanya aku buat treatment
yela..dipicit-picit jerawat aku sampai berdarah-darah
kata kak yang rawat aku tuh
kita kena picit each jerawat yang ada sampai habis dia punya nanah
barulah dia tak tumbuh lagi..
siksanya Ya Allah...huhuhu...
rasa macam nak menjerit + penyepak ja time dia picit2 jerawat aku..
hahahahaha

tapi kan aku tak stay pon buat treament ni..
yela tiap2 minggu nak kena buat..
bila buat kena laburkan duit.
duit treatment asing
duit ubat asing..
huhuhu..pokai o0o0o!!!

Lastly, aku decide nak jumpa pakar kulit
senang cerita kan..
so far, sampai sekarang aku stay dengan ubat2 doktor tuh
tapi satu je
kalau aku miss ubat2 tuh..
mula la tumbuh jerawat..
kalau satu takpa la
ni sekali tumbuh nah
setompok adik,abang,kakak semuanya mai melawat muka aku..
geram ho0h0o...rase macam nak picit2 ja..tapi tak boleh pulak..
 nie satu lagi..
jerawat nie pandai o0o0o...
dah sapu krim kat muka dia tumbuh pulak dekat leher...
aishhhhh..geram gila aku..

tapi kulit aku memang sensitif sangat
entah suka Alergik sana sini..
first aku try ubat doktor ni
badan aku macam melecur kot..
jadi la blindspot dekat satu dua tempat..
pedih sangat..
sampai sekarang parut tuh..
pastu refer back kat doktor
dia cakap Alergik apa tah..
pastu sekarang ni baru okay..

tapi tuh la..
pasal jerawat ni,
tak boleh miss ubat langsung
kalau miss mula la mengemis kasih sayang kat muka aku ni...
takpa2 sabar..
elaun 2 hari lagi..
masuk ja aku terus serang doktor tuh..
hahahhaha

nie gambo aku baru2 nie...
nak besar klik..
or else boleh tg0k dlm Slide kt blog tuh..

Monday, November 29, 2010

Rindu Atok..

Hari nie 29 nov 2010..
hari yg paling bermakna bagi aku..
hari yg aku akan ingat sampai bila- bila..

Tahun lepas pada tarikh inilah aku menangis
sebab orang yang aku sayang telah pergi meninggalkan aku
dan keluarga..
sudah setahun tok pergi meninggalkan kami

tok minah..
tok alang rindu sangat dekat tok..
alang rasa mcm tok masih ada lagi..
takpa tok..
moga tok aman di sana..
tok
sekarang ni..
tok wan tengah buat haji..
alang rindu tok wan juga..
17 dec ni tok wan balik Malaysia..
InsyaAllah..
semuanya akan okey..
tok rehatlah di sana..
InsyaAllah suatu hari nanti 
kita akan berjumpa..

Salam Sayang dari alang..
AL- Fatihah
Wan Aminah Bt Wan Bulat


Ibu yang hobinya menipu Part 3

Masa yang ditunggu- tunggu telah tiba, Fatimah berasa risau dan resah menunggu kepulangan Fatin dari sekolah. Kali ini, Fatimah tidak berasa yakin yang Fatin akan memperoleh keputusan yang cemerlang seperti abangnya Faris. Lantaran itu, Fatimah hanya menunggu di dalam rumah. Setibanya Fatin dirumah, Fatimah terus memanggil Fatin masuk kedalam rumah dan terus menutup pintu rumahnya, takut -takut jiran- jiran lain datang bertanyakan keputusan Fatin.

Sangkaan Fatimah memang tepat, Fatin gagal mengembirakan Fatimah seperti abangnya Faris, Fatimah berasa kecewa dengan keputusan Fatin tetapi tidak memarahi Fatin sebaliknya dia sedang mengatur langkah untuk menipu jiran- jirannya.

Selepas peristiwa itu, Fatimah mendiamkan diri di dalam rumah. Zaimah dan rakan- rakan yang lain perasan yang Fatimah sudah beberapa hari menyepi, lantas memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. "Noriah. kau ada nampak Fatimah tak, sudah dekat 3 hari aku tak nampak dia?",Tanya Zaimah kepada Noriah.
"Ala Zaimah, kau bukan tak tahu perangai Fatimah tu, kan baru-baru ni keputusan SPM keluar, mesti keputusan Fatin tak baik la tu, itu yang dia menyepi saja, cuba keputusan Fatin baik macam abang dia, tak cukup kaki dia nak pergi bercerita tentang anak dia. Dah masak sangat aku ni dengan perangai Fatimah tuh".
jelas Noriah.

Selang beberapa hari barulah Fatimah keluar dan bergaul dengan rakan- rakannya, lantas Noriah bertanyakan Fatimah " Timah, Fatin dapat berapa A, amboi menyepi ja, bukan nak bagitaw kami", bidas Noriah,
"Nor aku tak berapa sihat sikit sebelum nie, Ala Fatin macam biasalah tak menghampakan aku pon, bukan senang nak dapat keputusan elok kan, tambah- tambah Fatin ni pula ambil jurusan sains, tak macam anak Zaimah dulu, memanglah senang nak score sebab ambil jurusan akaun, mudahlah sikit", jawab Fatimah.

Zaimah yang berada di situ hanya berdiam saja walhal di dalam hatinya mengatakan yang Fatimah tak patut membandingkan sedemikian rupa. Noriah hanya mengiyakan saja apa yang dicakapkan oleh Fatimah. Setelah Fatimah pulang lantas Noriah menegur Zaimah, "kenapa kau diam saja waktu dia cakap macam itu dekat anak kau, kalau aku dah lama aku melenting. Ada ka patut dia nak bandingkan anak- anak kita".
Sudahlah Noriah, anak malas nak betengkar dengan dia, biarlah asalkan dia bahagia dengan cara. Kalau betul cara dia tu, takda siapa yang sakit hati,  tapi kalau salah cara dia tuh, biarlah dia yang tanggung", jelas Zaimah.

Selang beberapa bulan, Fatin masih belum ditawarkan kemana- mana institusi. Fatimah mula berasa risau takut-takut rakan-rakannya bertanya kerana kemasukkan ke IPTA telah berlalu. Jadi dia mula mengatur perancang untuk memberitahu rakan- rakannya.

Kali ini Fatimah menjelaskan kepada Zaimah dan Noriah untuk memasukkan Fatin ke kolej kejururawatan swasta. Kali ini, Fatimah dengan alasan yang dia lebih percayakan IPTS dari IPTA, biarpun memerlukan belanja yang besar, dia tak kisah asalkan Fatin mendapatkan temapt yang terbaik untuk meneruskan pembelajaran.

Zaimah dan Noriah hanya mampu tersenyum di dalam hati melihat gelagat Fatimah yang masih hendak meninggi diri dengan prestasi yang tak seberapa Fatin. Sedangkan dahulu, dia juga pernah merendah- rendah Dania yang memasuki IPTS. Zaimah berkata dia dalam hati, Tuhan itu maha adil Fatimah kau masih lagi nak menafikan hakikat yang diberi oleh-Nya..

bersambung..

Friday, November 26, 2010

Seron0k ka Jadi Cikgu!!!

Kawan2 ambe sekalian, Yehaaa... 
hari ni aku dengan rasa bangga dan terujanya membikin entry nie,
yela sesekali tuh tak dapat dinafikan perasaan bangga
telah membuak2 di dada bila ada orang panggil aku CIKGU..
bila aku keluar ja, ramai jugak yang panggil aku cikgu,
orang2 yang kenal aku jela,
buang tebiat ka pa yang x kenal aku nak panggil cikgu..
SUKA SUKA TAHAP XDA DAH AR AKU...(tpi masih merendah diri) :)
 macam yang aku story morry kat korang dalam entry yang pasal cita2 tuh... 
memang dulu aku x teringin dan tak terfikir langsung tuk jadi cikgu nie.. 
korang nak tahu sebab apa?



Aku teringin nak pakai kereta besar..hahaha
bagi aku kereta besar2 macam dalam gambar nie
yang mampu pakai doktor,engineer..
tapi aku silap, sebab cikgu sekarang gaji pon dah besar ohhh
dah mampu pakai kereta hebat kot..
Korang ingat camry sapa yang aku pegang kalau x bukan camry aku..
opssss terlebih sudahh..
Nie kereta aku kot (10 tahun lagi)
tapi tempah siap2 untuk photoshot kat entry nie..

Member aku pon pakai kereta besar jugak..
dia pon cikgu jugak...
agak2 ar bro..(lu kasi kantoi gua arr)
masuk pintu lagi satu arr....
tahu la dulu kita pernah sama2 duduk LONDON pon..
okey2...
apa2  pon

KAMI ADALAH BARISAN CIKGU-CIKGU YANG BELAGAK

Bukan senang nak jadi seorang cikgu ni, macam2 cabaran harus ditempuhi
korang ingat jadi doktor saja yang kerjanya susah,
huishhh,,,x jugak..makcik jual maruku pun kerjanya susah jugak..

Aku ni ramai yang kata kecik 
tak sesuai jadi cikgu
nanti kan buli dengan budak2 yang macam ni
                                     

hahaha..
yang jelasnya aku tak takut pon
aku ni badan ja kecik tapi kental bro!!!!

cuma satu ja
aku surrender ar kalau dapat murid2 macam ni
terkulai layu aku melihat kecantikan dan kecomelan murid2 ku...


Mood angin monsun tropika pon boleh datang kalau mengajar mereka..
Dan Aku pon cakap mereka2 diatas
Sorry sorry sorry sorry 2x(ala Super junior)





Thursday, November 25, 2010

Nice to hear

What a wonderful medley from Sam tsui.. actually, i've started to listen to his music
 about 3 or 4 months ago.. he has his own talent anyway...well just for this night..
 I wish you all could enjoy this Michel jackson medley by Sam tsui

video

Wednesday, November 24, 2010

Photoshot Artis Terhegeh2




Petang tadi budak nie perasan dia cantik,
So bila aku & angah meng"offer"kan diri cakap nak capture dia...
Apa lagi..
Posing tak dunia...










hai...Athirah2...
sweet girl..

Once upon A time in Universal traveller

Bila Malam menjelma especially time2 macam ni, 
around 2 a.m+ + + +...
Mata nie bukan main lagi eksyen noh... 
Jeling ja kat bantal, katil pon tak nampak,

Hari nie, aku buat pembaharuan dalam blog aku, 
aku tambah widget slide show kt sebelah kanan nie,
actually, banyak lagi aku nak kena travel dalam blog nie,
tapi lately, agak busy sikit la...

Ermm tadi, sewaktu nak upload gambar  masuk 
ke dalam slide tertengok balik gambar lucu nie..
Gambar ni sewaktu kitaorang dekat Universal traveller..


Bajet korean la kan

Alamak, Snowcap Buruk Si angah dipilih

Dia nie memang sentiasa Hensem

Hahaha...snowcap besar daripada tuan

Eh.. chup2x...
cerita yang aku tunggu dah start,
So papai, nak adiyoss dulu,
esok aku sambung dengan story pasal
ibu yang hobinya menipu tuh (adaptasi cerita benar)

bye2..adiyoss amigoss


Tuesday, November 23, 2010

Ibu yang hobinya menipu Part 2

Cerita yang kedua

Zaimah hanya berdiam diam diri dan mengiyakan saja apa yang disampaikan oleh Fatimah. Fatimah seolah2 tidak berasa malu terhadap Zaimah dan terus berbohong. Zaimah berharap agar satu hari nanti, pembohongan  Fatimah akan terbongkar dan pada waktu itu, barulah dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

Anak Fatimah yang lain iaitu Fatin bakal menghadapi SPM dan Fatin adalah pelajar jurusan sains hayat. Kali ini, Fatimah tidak terlalu membanggakan anaknya Fatin kerana dia tahu  pretasi Fatin tidaklah sehebat Faris abangnya. Walaubagaimanapun, Fatimah terus berbohong kepada rakan- rakannya terutama sekali Zaimah kerana, pada pendapatnya, anak- anak Zaimah tidak setanding anak- anaknya.

Masa berlalu, Dayana anak kepada Zaimah berjaya menamatkan pelajarannya di Maktrikulasi dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaimah dan suaminya sangat gembira tetapi kegembiraan itu tidaklah ditunjukkan sangat oleh Zaimah dan suami kepada rakan- rakan mereka. Kali ini, Zaimah berkata kepada suaminya, " abang, saya nak tengok macam mana reaksi Fatimah bila Dapat Tahu yang Dayana pun dapat masuk IPTA. Tiap- tiap hari bingit telinga saya abang bila dia bercerita pasal Tanggungan Faris di Universiti." Suaminya pun berkata, " biarkanlah sayang, orang lain pun ada anak jugak, anak orang lain pun ada juga anak yang cemerlang tapi kecoh pun macam dia. Sabarlah, Tuhan itu maha adil, kalau betul dia tipu kita, suatu hari nanti pasti akan terbongkar jugak."

Fatimah mengetahui yang Dayana dapat melanjutkan menyambung pelajarannya ke IPTA seperti Faris, dia sedar yang lama kelamaan Zaimah pasti akan mengetahui penipuannya tetapi dia masih lagi buat seperti tidak apa yang berlaku.

"Fatimah, Alhamdullillah sangat Dayana dapat masuk IPTA, sekurang- kurangnya ringan la cikit beban aku dan suami. Sebab kalau dah meyambung pelajaran dalam institusi kerajaan ini, kita ibu bapa tak payah la nak khuatir sangat tentang duit tanggungan mereka, banyak bantuan pelajaran disediakan." perli Zaimah kepada Fatimah.

Fatimah cuba mengubah topik dengan bertanyakan tentang Dania. " Dania macam mana sekarang, belajar okey?"

"Belajar apa yang okeynya Fatimah, Alhamdulillah la, banyak peningkatan Dania, dia cuba nak komited dalam pelajarannya cuma perbelanjaan pengajian itu yang agak mahal cikit." Bidas Zaimah.

Fatimah yang berasa seolah- olah dirinya diperli oleh Zaimah cuba melarikan diri, " okey la Zaimah, aku nak balik masak nie, dah dekat tengahari dah nie, nanti laki aku balik, bising pulak dia." Tersenyum Zaimah mengiyakan Fatimah.

bersambung....

Ibu yang hobinya menipu Part 1

Al kisah tersebut la satu cerita yang agak menarik bagi aku... sebenarnya cerita ni dah lama aku simpan di lubuk hati aku yang suci ini (kunun) tapi tetiba ia di update dengan satu kisah yang baru, So aku akan ceritakan di sini.

Cerita yang pertama

Fatimah merupakan seorang ibu kepada 8 orang anak (fuyoo)..
Cerita dimulakan apabila salah seorang anak Fatimah memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam PMR. Semenjak detik dan saat itu, Fatimah mula menunjukkan perasaan bangga yang konon- kononnya anak dia seorang sahaja yang boleh cemerlang. Tetapi pada hakikatnya, anak Fatimah sememangnya seorang yang bijak. Fatimah terus memuji anak emasnya itu kepada kawan- kawannya. Salah seorang kawannya Zaimah juga mempunyai anak yang sebaya dengan anak Fatimah, tetapi anak Zaimah tidaklah cemerlang seperti anak Fatimah.

Setelah keputusan SPM keluar, ternyata anak Fatimah memperolehi keputusan yang cemerlang, Fatimah sangat yakin dengan kebolehan anaknya sehinggakan apabila anaknya pulang ke rumah, Fatimah terus menuju ke luar rumah dan dengan lantangnya bertanya kepada anaknya itu " Anak mak dapat berapa A?" dengan niat agar jiran- jiran sekeliling dapat mengetahui bahawa anaknya itu beroleh keputusan yang cemerlang.

Beralih kepada anak sahabatnya Zaimah, keputusan SPM anak Zaimah tidak begitu menyerlah seperti anak Fatimah, tetapi Zaimah tidak kecewa kerana anaknya telah berusaha bersungguh- sungguh. tidak di nafikan bahawa ada perasaan cemburu Zaimah terhadap Fatimah, tetapi dia tetap bersyukur kerana itu dah sememangnya takdir dari Illahi.

Fatimah mula bercerita tentang keputusan cemerlang anaknya kepada jiran- jiran dan kawan- kawannya, Alhamdullilah, anak Fatimah berjaya mendapat tempat untuk meneruskan pengajiannya di Maktrikulasi dan Fatimah sangat gembira. Anak Zaimah pula sekadar Meneruskan pengajiannya di Universiti swasta. Biarpun menelan belanja yang mahal, Zaimah dan suami tidak kisah, asalkan anaknya mahu belajar.

Tiap- tiap kali berborak bersama rakan- rakannya, Fatimah akan menceritakan tentang keadaan anaknya di sana. "Zaimah, Noriah sejak Faris masuk Matriks nie, semua duit aku habis dekat perbelanjaan dia. Tiap- tiap minggu aku kena Bank in 100/200 ringgit dekat dia. Dok kat Matriks ini pakai duit banyak la." Zaimah hanya berdiam diri dan mengiyakan apa sahaja yang di ceritakan oleh Fatimah kerana dia berasa rendah diri dengan keboleh Faris anak Fatimah. Walhal, tanggungan Zaimah lagilah berat, Dania yang berada di kolej swasta memerlukan duit yang banyak dek kerana bayaran yuran dan kos sara hidup yang tinggi. Di samping itu, 3 anak Zaimah yang lain masih lagi bersekolah dan memerlukan belanja harian.

Setahun selepas itu, anak Fatimah berjaya menamatkan pelajarannya dan menyambung pelajaran di Universiti Tempatan. Anak kedua Zaimah selesai menghadapi SPM dan berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Dayana anak kedua anak kemudiannya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke kolej Matrikulasi di mana Faris anak Fatimah ditempatkan dulu. Zaimah sangat risau kerana dia memikirkan faktor kewangannya dan suami. Adakah ia akan mencukupi untuk menyara Dania di universiti,Dayana di matrik dan 2 lagi anaknya yang masih bersekolah. Fikirannya runsing dek kerana terbaur- baur fikirannya memikirkan kata- kata Fatimah tentang kos tanggungan Faris di Matriks yang mahal.

Tetapi Zaimah tidak menghalang anaknya mengejar cita- cita. selagi dia dan suami boleh berkerja, selagi itu dia akan berkerja. Fatimah mula menjauhkan diri daripada Zaimah selepas itu kerana pada hakikatnya, sewaktu Faris berada di Matriks dahulu, Fatimah tidakpun menghabiskan duit yang banyak untuk menampung kos hidup Faris di sana kerana pihak Matriks membekalkan elaun kepada setiap penuntutnya.

Sebolehnya Fatimah tidak mahu berjumpa Zaimah kerana takut diungkitkan Zaimah yang perbelanjaan Dayana tidaklah semahal seperti yang pernah di war- war Fatimah dulu. Di samping itu, Fatimah terus mengagungkan anaknya Faris kepada kawan- kawan yang lain dengan mengatakan bahawa Faris yang kini menetap di IPTA cemerlang dan Fatimah menghabiskan 500 ringgit sebulan untuk Faris menanggung kos hidupnya.

Sementara itu, Zaimah yang tahu pembohongan Fatimah terus mendiamkan diri kerana tiadak mahu mencetus pergaduhan. Lama kelamaan Fatimah kembali berbaik dengan Zaimah, tetapi Fatimah masih lagi tidak serik dengan pembohongannya dan terus bercerita tentang perbelanjaannya kepada Faris sebanyak 500 sebulan.

Bersambung.......

Monday, November 22, 2010

2 Alam Filem Terbaik (kot)

Ermm..apa lagi yang nak kitakan.. Actually, last night aku tergelak + terbahak + terguling bila dengar gosip terbaru pasal filem 2 Alam terbitan Dr. Rozmey nie (DDR).. well, sebenarnya bukan nak mengutuk ke mengata tapi dr. rozmey terlebih over. Tahu la dia berpelajaran tapi at least dengar cakap atau komen orang lain yang mungkin lebih bagus..


Aku sendiri x tahu apa yang nak disampaikan dalam filem 2 Alam nie, tapi terus terang aku sendiri x tertarik lansung untuk menonton filem nie, semalam macam2 komen aku tengok pasal filem nie. Motif yang nak disampaikan dekat sini, bukan filem tuh tak salah, nak kata pelakon, pengarah? o0o0 aku rase tidak sama sekali.. semua nie berkaitan dengan Si Dr. Rozmey nie sepenuhnya. 


Kenapa aku berpendapat sebegitu? Ini jawapannya:


jawapan aku nie sebenarnya sama dengan pandagan orang yang merasakan DDR ini over..


cuba tengok poster 2 Alam kt tapi nie ------------->


DDR ni seperti menagih populariti, tahu la dia yang habiskan duit untuk buat filem ini tapi sepatutnya gambar pelakon yang harus diutamakan, sayang sekali, hero filem ini Aaron Aziz dah mantap tapi tidak diletakkan gambar Aaron..


DDR juga baru nak memcuba nasib di bidang perfileman ini tapi tak mahu bertanya dan memdengar pendapat2 orang yang lebih berpengalaman, bukan apa, pepatah juga ada menyatakan, kalau tak tahu bertanya, nanti sesat( betul ke)...


Penyataan DDR yang filem 2 Alam ini bakal mengutip 12 juta kepada semua merupakan satu benda yang sangat kelakar bagi aku.. tapi bagus jugak sebab dia confident yang filem terbitan dia ini bakal menjampi seluruh rakyat Malaysia ke Pawagam (mungkin aku kalis jampi kot sebab tak tengok lagi 2 Alam nie)..
DDR juga cakap yang 2 Alam bakal memungut 2 juta dalam masa sehari. wow bravo bro!! 


Ini buktinya 2 juta sehari :


1 utama (petaling jaya)
korang boleh klik untuk besar


Alamanda Putrajaya


Melaka- Dataran Pahlawan

Aku sebenarnya dah plan nak pergi tengok wayang juga dalam masa terdekat nie, tapi nak tengok Harry Potter  la. Gambar2 nie semua aku ambil dekat Facebook KAMI TAK SUKA DR. ROZMEY YANG ANGKUH... apa yang aku baca dekat wall ini sememangnya bagi aku bernas sekali.. dekat situ banyak la komen2 yang di capture kan yang membuktikan bahawa DDR ini sememangnya tak sedar diri, masih lagi mengatakan orang2 lain cuba nak menjatuhkan dia..sudahlah tampil dengan personalti yang agak pelik..
hah satu lagi... sebelum ini bila baca paper ja mesti akan terpampang 1 page yang gambar DDR ini duduk atas kerusi...full page pulak tuh, mesti habiskan banyak duitkan, harap2 Filem 2 Alam nie dapat balik modal sudahlah.. dan lepas nie bila buka paper takda la lagi MAMAT ini duduk atas kerusi lagi..hahahaha


Gambar di sebelah nie adalah hasil nukilan malaun mana tah.. menurutnya, Ini adalah Filem DDR yang akan datang...hahaha        my name is rozmey... pecah eprut aku tengok gambar ini... dahtu di buat plak Profile Picture kat Facebook Anti Si Rozmey..huhuhu




Apa- apapun diharapkan semoga fenomena 2 Alam arahan Hairie Othman ini akan mencapai target dan tujuannya...
sekian daripada saya cik wartawan..kekekeke...

bye..adiyoss




Saturday, November 20, 2010

Citer Basi

Assalamualaikum... lama jugak la aku menyepi dari dunia blog nie...
first of all, sory kepada follower aku yang sememangnya sedang menantikan entry baru. aku.. cewah... konon- kononnya macam artis la, menyepi cikit orang dah bertanya...hahhaha...
tutup bab menyepi nie!! tapi ehmmm kena citer kat korang dulu pasal pa aku menyepi kan...


Banyak tak terkira story yang aku nak kongsikan, almaklumlah dah dekat sebulan tinggal blog, citer 2 yang nak distorykan ni dah menitik2 macam air dah penuh dalam timba... pertama- tamanya....hah korang tahu kan yang PERLIS TERCINTA aku di landa banjir...wah memang best jugak jadi mangsa banjir, boleh berenang...chehhh poorahhh!!! ya kawan2.. actually banjir dh dekat 2 minggu berakhir tapi baru sekarang aku nak story.. per cerr bro dah basi la citer tuh...
tapi aku x kisah, hanya orang yang mengalami banjir ja yang tahu situasi yang memang menyukarkan.. tambah2 pulak waktu banjir hari tuh jatuh pada hari exam..mana nak exam mana nak ingat lari dari banjir.. aku tersekat dalam banjir hampir 12 jam.. tuh pon dah rasa peritnya yang teramat..macam mana la yang tersekat sampai 3 hari, Tuhan saja yang tahu...MasyaAllah...walaubagaimanapun, aku bersyukur sangat sebab aku diberi peluang untuk merasa sendiri bagaimana keadaan menjadi mangsa banjir...banyak lagi kejadian yang berlaku sewaktu banjir hari tu tapi biarlah menjadi kenangan manis aku dan kawan2 sahaja..(bila ada mood storykan)hahaha..


Stop pasal Banjir, next, aku x bikin entry baru sebab aku busy study(konon2 nya)..hahaha..Serius beb, study la cikit2, buat cukup2 makan..di tambah pulak dengan mood yang sangat malas untuk menulis...
lepas tuh nak jadi citer, aku melancong ke langkawi pulak.. SO, terbengkalai lagi la projek untuk update blog nie, Actually, Projek ke Langkawi tuh rancangan Last Minute korang.. tapi pape pon best sangat...


Hah, disambung pulak dengan Hari raya, jadi makin terbengkalai la... Pape pon lpas nie aku akan cuba untuk mengAktifkan diri untuk berblog semula...
bye..
ngantok sudah..
adiyoss..

Monday, November 8, 2010

Ailyl Mystery GiveAway

Ailyl Mystery GiveAway

Dikala diri melayan kebosanan yang melampau, ternampak satu contest, macam best je!!!! so apa lagi,join la...

Perhatian kepada anak2...lukis elok2 yea(p/s ailyl)
hahaha menambah je ko...
setelah bertungkus lungkus selama 4 jam lebih maka
terhasillah lukisan yang terhebat diabad ini..hohoho





lalallaalallalala...(belon2 seringgit2)

Ulasan pulak!!!

normal la kan, si ailyl nie putih, jadi kulit pon mesti putih jugak cuma dikontrakan sikit di sebelah kiri ala2 macam tengah berdiri tengah panas..huhuhu...
Wah besarnya bunga atas kepada tuh... ermmm mungkin bunga tuh satu2 nya dalam pasaran(bodek2 cikit)..
si ailyl nie memang suka senyum kot!!! tetiba jew inspirasi datang mencurah2 nak buat mulut die tersenyum.. :)

Backgound
ala2 sewaktu zaman budak2 la bila time birthday wajib ada belon.....hahaha(memandai ja aku)
hah....yang lantai merah putih tuh ala2 dance floor....Ailyl ajak ramai menari lagu birthday die~~(lalalalallalala)

tapi yang peliknya kenapa ada tiang bus stop kt tengah2 tuh...
emmmmm?????
mungkin ailyl dah tempah siap2 bus tuk jemput saya ke birthday die kot!!!!!!hahahahaha.....

Sunday, November 7, 2010

Bosan!!

Di petang yang agak suram nie..aku terfikir macam mana aku nak balik ke perlis, wei lusa dah exam balik haissshh.. cam mana nie, kalau refer balik kat member aku punyer info, air dah surut bak kata orang kedah
aiq koi surut woi..... 


Abah pulak ada hal hari nie, nak balik malam, confirm x boleh, sebab bas malam dah x da..tulah duduk la lagi kat bandar metropolitan kan(bukan S.P tapi KANGAR)!!!!!

so abah cakap esok la balik, pasrah dengan keputusan my father.. nie satu lagi, duk rumah dah tau exam bukannye nak studyyyy!!!!
hahahhaahha.....kerja makan tido, ternet & t.v (wajib)

aduh aku rasa macam x jadi la nak pergi langkawi november ini, aku dah plan dengan aref dan olie, tapi rase macam bajet x cukup la, i have to keep my money for my family trip and also for the next semester to0(while waiting for the allowance)... Ehmmmm..cam mana nie!!!!! ada sesiaa yang boleh bagi duit kat aku x?
hahhahaha...

apa2 pon cool saja..bak kata abah aku..kalau fikir pasal duit nie memang la x kan abis.. teng0k macam abah banyak tanggungan, nak kena bayar itu ini.. tapi cool ja...xda duit kita buat macam xda duit, ada duit buat macam ada duit (pergghh best giler ayat abah )


Dikala kebosanan melanda aku yang malas nak study nie, aku pon melayan la citer korea Love story in Harvard.. nie semua gara2 terbuka chanel ONE HD (393)------>khusus kepada sesiapa yang melangan astro beyond ditambah pula dengan hasutan minah giler korea kt rumah aku(angah)... best kot citer nie(awek die sangat2 comel).... di sebabkan aku x bleh teng0k continuously, so ape lagi, bukak mysoju terus download la, aku x leh story bagi habis sebab baru je layan + download..

bye...adiyoss
aku nak berjiwang2 cikit..hahahahha

Friday, November 5, 2010

Kisah 2 hari lepas

Peace be upon..

hye everyone... lame sudah Sir tak update blog nie....nampak karat pon sudah ada... tapi memang patut pun sebab lately nie Sir busy cikit, mana dengan exam lagi, banjir pulak,aduh!!!!...dugaan semua tuh..jangan mengeluh..

apa- pun memang terbaik la Sir tersekat dalam banjir hari...Sir dapat banyak pengalaman..well, at first, everyone is kinda fed up of everthing.. tapi lasty, everthing goes smoothly...

bayangkan pukul 1 rancang nak balik, pukul 9 malam baru lebih gerak, lasty sampai rumah pukul 230 pg..
memang meletihkan, keesokkan harinye pulak, kena pergi gurun sebab ada kenduri cikit, tokwan Sir nak pergi mekah, seharian di gurun malam tuh bertolak la ke alor setar untuk hantar tokwan, sesampai di sana, macam biasa la, tunggu dekat 3 jam, baru bas jalan pergi bayan lepas, Actually, tokwan nak naik flight dekat kepala batas, tapi terkandas di sebabkan banjir, ape boleh buat, kita merancang tuhan yang menentukan..

tutup bab tuh, bertolaklah Sir dengan family balik terus ke Sungai Petani, 2 biji kereta, sebab bawak Mak dak dan pakdak sekali, sampai di Sungai petani, perut pulak hal mencari makanan, jadi kami pun mencari di mana kedai2 yang bukak...melantak sampai kenyang pastu balik la ke rumah dalam keadaan yang mengantok sangat...hahahaha...
kami pon tido setelah sampai rumah dalam pukul 1 lebih kot!!!!

p/s: entry kali nie x da gambar ye, DARURAT..hahahaha(alasan malas upload)
bye adiyoss...

Tuesday, November 2, 2010

Bahasa Class By Sir Danial

 Good Morning Everyone!!!
saje possing cikit..topi nie SIr beli kt TEXAS
hye... for this lesson Sir akan bercakap dalam bahasa melayu okey..

Subjek : BAHASA MELAYU 1
Tajuk : sistem ejaan rumi

Okey anak murid yang disayangi.. memandangkan exam sudah dekat(esok) cikgu akan buat pecutan dalam pembelajaran kita okey..

PENULISAN HURUF VOKAL
macam biasalah pelajar2 sekelian.. huruf vokal terdiri daripada vokal a, e,i,o dan u...
e pula melambangkan dua fonem, e pepet dan e taling..

PENULISAN HURUF KONSONAN
ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf..
semua huruf kecuali huruf vokal ada 21= b,c,d,f,g,bla bla bla...( x & z diketegorikan sebagai satu fonem walaupun berlainan huruf)
huruf konsonan ini juga termasuk dengan huruf digraf yang terdiri daripada 5 huruf iaitu, kh, gh, ng, ny,sy..
jadi jadi kalau kita tambah semua huruf tersebut maka jadilah 26 huruf yang melambangkan huruf konsonan..

EJAAN RUMI LAMA YANG DIBAHARUKAN
ch = c                chuci = cuci
dh = d               dharab = darab
dz = z                dzalim = zalim
sh = sy              sharat = syarat
th = s                mithal = misal

adalah sesetengah ejaan yang mempunyai ' diatas huruf ditukar atau dibuang contohnya:
'alam = alam      
                    dibuang
ra'i = rai

ma'na = makna
                               di tambah huruf k 
ra'yat = rakyat


PENULISAN DIGRAF
kh = khusus. akhbar, tarikh
gh = ghaib, maghrib, mubaligh
ng = nganga, hangat, kampung
ny = nyala, hanyut
sy = syarat, masyarakat, Quraisy

PENULISAN DIFTONG
ai= aising, ghairah, landai
au = aurat, saudara, harimau
oi = oidium, boikot, kaloi

POLA SUKU KATA
ada banyak ya murid2..so dimintak refer sendiri buku.. yang ini tak la payah sangat...

SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL
terdapat 18 belas pola semuanya..

tak payah nak explain panjang2..sape yang tahu cara menggunakan graf nie secara automatiknya die akan mengetahui 18 pola tersebut..

POLA KEKECUALIAN HURUF VOKAL
boleh refer dekat blog kawan Sir cikgu olie.. klik di sini

EJAAN PINJAMAN
seterusnya ejaan kata pinjaman, yang ini tak payah la Sir nak jelaskan panjang lebar sebab memang dah universal anak muridku sekalian
okey Sir bagi beberapa ejaan pinjaman yang telah diserapkan menjadi ejaan melayu contoh untuk revision korang semua

carbon = karbon
quality = kualiti
rhythm = rima
scooter = skuter

ini adalah beberapa contoh yang dapat Sir berikan untuk murid2 sekalian..
tidak banyak perbezaan bunyi tapi banyak huruf yang ditukar.. macam2 lagi la perkataan yang diserapkan di dalam bahasa melayu ini murid murid2 sekalian.. ada perkataan inggeris, arab, sanskrit, belanda, portugal dan macam2 lain.. mungkin kita tak dapat nak kenal pasti perkataan itu kerana dia telah sebati dengan penggunaan bahasa harian kita..

itulah saja ilmu yang dapat Sir kongsikan pada pagi nie.. Sir harap korang semua dapat menjawab soalan dengan jayanya..

bahagian esei pulak kawan Sir, cikgu Olie telah Siapkan formatnya.. boleh la korang melawat di blognya okey.. nie linknya   klik di sini

bye..adiyoss..

Monday, November 1, 2010

Grammar Class by Sir Danial

Assalamualaikum and a very good night..

okey, tomorrow will be the final day for me.. you know what, I still on my laptop and still chatting with my dearest friend. tomorrow will be the first test to me and my friend. for this semester, the test will not be easier as the last semester for sure, because, in coming test, we need to analyse the mistake or  the grammar for section A, for section b, idiomatic expression and poem, and lastly, essay..
huhhhhh.... english actually is simple for me but sometimes can be difficult..

okey, let me now share to all of you  about tenses and etc...

past tense..
a things occur is past..

simple past..
simple things..just a simple a simple things..

past perfect
happened in past, usually we use HAD to explain the situation.. might be 2 situation occur but just focusing on 1 situation..

present tense
a things occur now, future or continuous..

simple present
simple things..just a simple things or situation..

present perfect
same description as the past perfect but different between past and present and present perfect also explaining 2 situation but focusing on  1 only..

past and present progressive 
just plus ING to the verb such as...
past  progressive was eating
present progressive is eating


future tense
coming situation..using WILL to describe the situation...

Simile
using like, as to describe

hiperbole 
is an exaggeration = berlebih- lebih

metaphor
comparing two objects, concrete and abstract..

the uses of 's'
VERB + S  if singular
OBjECT + S if plural

TAG question
+ n't to make it as a question.. if theres as positive explaination, the question you must write it negative..same with negative.... and the question must follow back to the verb-to-be.. eg:
was= wasn't
were= weren't
is= isn't
are= aren't

POEM
 might be nothing gold can stay by Robert frost


okey...that all for this lesson..hehehehe.. kalau ade salah mintak maaf la ye.. fahaman sendiri!!!!

bye..adiyoss